PRN Melaka: Sembilan kertas siasatan dibuka langgar SOP
MELAKA TENGAH – Polis membuka sembilan kertas siasatan atas pelbagai kesalahan berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 sejak penamaan calon pada 8 November hingga Sabtu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, daripada jumlah itu, enam kertas siasatan adalah berkaitan Perkara 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Akta 342) dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan
Menurutnya, laporan diterima pihaknya mendakwa terdapat kesalahan SOP oleh parti terbabit di tempat terbuka selain di sekitar bilik gerakan meraka.
“Selain itu, kita (Polis Melaka Tengah) juga membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM).
“Ia berkaitan posting dakwaan fitnah di media sosial,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat rondaan pematuhan SOP di Jonker Walk di sini pada Ahad.
Tambah beliau, satu lagi kertas siasatan pula disiasat mengikut Seksyen 24(B) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana menggunakan lori tanpa permit polis bagi tujuan berkempen.
Kata Afzanizar, pihaknya masih menjalankan siasatan berkenaan kesemua kes terbabit yang membabitkan pelbagai calon politik bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Dalam pada itu, katanya lagi, setakat ini tiada laporan salah laku berunsur rasuah diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah membabitkan calon bertanding.
“Diingatkan juga, setiap kenderaan yang menggunakan pembesar suara dan diubah suai untuk berkempen diminta untuk mendapatkan permit daripada pihak polis.
“Mengikut peraturan SOP, kenderaan ini hanya dibenarkan untukkempen bergerak dan adalah dilarang berhenti,” katanya.
PRN Melaka: Sembilan kertas siasatan dibuka langgar SOP
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin masih jaja cerita dongeng – Najib
- PRN Melaka: Hentam Umno fokus kempen Muhyiddin
- ‘Sotong Kayangan’ muncul dahulu sebelum Siakap
- Maya Karin dibayar RM2 ribu untuk filem Hollywood
- Jangan sampai kita hempas makanan – Rider
- Suami Nynaa Harizal failkan permohonan supaya isteri kembali taat
- Muhyiddin dan Hadi ‘hentam’ Barisan Nasional
- Kakaktua bongkar suami curang dengan pembantu rumah
- ‘Letupan’ enjin sebuah pesawat Malaysia Airlines 50 penumpang ‘cedera’
- Amaran Allah dalam 10 Ayat Pertama Surah al-Kahfi
- Dah Masuk 5 Series, Nasha Aziz masih ‘bergetah’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kedah haramkan judi hadkan penjualan arak, DAP mengamuk naik tocang
You must be logged in to post a comment.