‘Alisha cakap nak pergi jauh, tak sangka itu petanda dia pergi selamanya’ – Nenek

‘Alisha cakap nak pergi jauh, tak sangka itu petanda dia pergi selamanya’ – Nenek

SEPANG: Pemergian adik Nur Alisha Safiya selepas dilanggar van sekolah membuatkan seluruh rakyat Malaysia terkesan.

Apatah lagi rakaman CCTV itu tular di media sosial. Masing-masing bersimpati dan mendoakan keluarga arwah tabah dengan ujian tersebut.



Menerusi laporan Berita Harian, nenek arwah, Mahani Hamid, 68, memberitahu arwah pernah maklumkan mahu pergi jauh meninggalkan keluarga.
Dia bagaimanapun tidak menyangka ia petanda arwah akan meninggalkan keluarga selama-lamanya.

Dalam kejadian 12.10 tengah hari, Nur Alisha Safiya cedera di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital swasta selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Nur Alisha Safiya, anak bongsu daripada tiga beradik kepada pasangan kakitangan kerajaan di Putrajaya, Mohd Azlin, 47, dan Mahani Saad, 43.

Mahani berkata, hujung minggu lalu, Nur Alisha Safiya pulang ke kampung di Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Pahang bersama ibu bapanya.

“Ketika itu, Nur Alisha Safiya cukup ceria, berbeza dengan sebelum ini yang mana dia seorang yang pemalu serta pendiam.



“Pada malam pertama di kampung, Nur Alisha Safiya tidak tidur hingga pagi dan menghabiskan masa bermain bersama sepupunya.

“Ketika mahu pulang, Nur Alisha Safiya bersalaman dan memeluk saya dengan lama, berbeza sebelum ini,” katanya ditemui di kediaman keluarga arwah di Taman Intan Baiduri, Labu Lanjut, Salak Tinggi.

Sementara itu, abang sulung Nur Alisha Safiya, Muhammad Aiman Firdaus, 16, berkata ketika kejadian dia berada di rumah selepas tamat sesi persekolahan di Bandar Baru Salak Tinggi.

Menurutnya, dia dimaklumkan berkaitan kejadian oleh bapa saudaranya yang datang ke rumah.



“Nur Alisha Safiya sangat rapat dan manja dengan saya kerana saya sering membantunya menyiapkan kerja sekolah selain dijadikan rujukan jika dia berdepan masalah pembelajaran.

Ahli keluarga menunggu jenazah Alisha di rumahnya.

Ahli keluarga menunggu jenazah Alisha di rumahnya.

“Pemergian Nur Alisha Safiya cukup mengejutkan, rumah pasti sunyi selepas ini. Bagaimanapun, kami reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya.

Rakaman CCTV kejadian yang meragut nyawa adik Alisha ini tular di media sosial dan mendapat pelbagai maklum balas dari warganet.



Setakat ini, pemandu wanita berusia 31 tahun itu telah ditahan pihak berkuasa bagi tujuan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

*Artikel asal di Pa&Ma 

‘Alisha cakap nak pergi jauh, tak sangka itu petanda dia pergi selamanya’ – Nenek

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi baharu lebih sporty

Kilang roti penuh najis tikus dan lipas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker