Tak boleh bagi kenyataan, nanti kena kompaun – Mat Sabu

Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Amanah Mohamad Sabu, enggan ‘melayan’ permintaan untuk mengadakan sidang media, selain menyatakan mereka tidak mempunyai wang sekiranya dikenakan kompaun.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) secara berseloroh meminta petugas media membayar kompaun, sekiranya mahu beliau mengadakan sidang berkenaan.

Beliau yang hadir menjamu selera di sebuah warung di Felda Tun Ghaffar, Kemendor, Jasin, terlebih dahulu mengelak daripada membuat sebarang kenyataan meskipun petugas media telah menyediakan tempat bersesuaian.



“Mana boleh sidang media, SOP (prosedur operasi standard) tak benarkan. Saya tak mahu bayar kompaun RM10,000.

“Kamu semua (media) mahu sidang media? Kalau kena kompaun kamu bayar ya?” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Situasi itu menyebabkan petugas media yang kebanyakannya menempuh perjalanan lebih kurang satu jam untuk hadir membuat liputan di situ kecewa.

Cubaan media untuk mendapatkan kenyataan daripada Presiden Amanah Mohamad Sabu juga gagal.



“Tak boleh, tak boleh (bagi kenyataan) nanti RM4,000 (kena kompaun), saya tak ada duit,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan larangan aktiviti secara bersemuka bagi kempen pilihan raya negeri (PRN) Melaka. FMT

Tak boleh bagi kenyataan, nanti kena kompaun – Mat Sabu


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena

Takut Dibunuh, Hacker Ini Mohon Maaf Selepas Bocorkan Data Sensitif Keluarga Diraja Arab Saudi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker