PRN Melaka: Orang Melayu jangan tersalah pilih undi lagi

Sebaran :

Pengundi Melaka – khususnya orang Melayu – wajar meneliti calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini sehabis baik.

Pilihan mesti dibuat berdasarkan calon yang mendahulukan agenda agama Islam, bangsa dan negara malah tidak ada indikator menyokong Yahudi atau komunis Cina, saran pemerhati politik, Ustaz Haji Omar Kassim.

“Pandangan saya pengundi PRN Melaka ini mesti bijak memilih. Kena teliti calon-calon yang bertanding.

“Orang Melayu khususnya jangan tersalah pilih lagi,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.



Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana, Fong Khai Ling yang sebelum ini seolah-olah mengajar rakyat di negara ini untuk lolos ke Israel menggunakan pasport Malaysia.

Terdahulu, Khai Ling memohon maaf secara terbuka berhubung tindakannya bahkan memaklumkan tidak mempunyai niat untuk mencabar undang-undang apatah lagi mengajar rakyat di negara ini untuk berbuat demikian.

Mengulas lanjut, Ustaz Omar turut menggesa pengundi memilih calon yang berwibawa dan kompeten untuk membawa negara berdepan cabaran dalam mahupun luar negara.

“Yang tidak mengejek dan memperlekeh institusi teras negara termasuk agama Islam, sistem Raja-Raja Melayu berperlembagaan dan hak istimewa orang Melayu,” katanya.



Selain itu, beliau meminta penganalisa bebas seperti Arus Baru dan Gerakan Pengundi Sedar (GPS) memberikan panduan lebih jelas kepada pengundi untuk PRN ini dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

PRN Melaka: Orang Melayu jangan tersalah pilih undi lagi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Muhyiddin jangan lupa, janji manis Manifesto PH ditulis pemimpin Bersatu


Sebaran :

Leave a Reply