ADUN Amanah ‘pukul bini’ disiasat polis
Polis mengesahkan telah memulakan siasatan terhadap Adun Morib, Hasnul Baharuddin berhubung dakwaan memukul bekas isterinya, Juliani Jalilah Abdullah berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh wanita itu.
Laporan yang dibuat di balai polis daerah Kuala Langat pada bulan lepas, berhubung kejadian yang didakwa berlaku pada 21 Ogos, ketika kedua-dua mereka masih merupakan pasangan suami isteri seperti yang dilaporkan portal berita Malaysiakini
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan pihaknya telah memulakan siasatan.
“Saya mengesahkan ada terima laporan polis tersebut sahaja. Saya ulas setakat tu dulu buat masa ini, tentang isi kandungan saya tak akan ulas apa-apa,”
‘Laporan polis berniat jahat’
Hasnul, yang merupakan Adun dari Amanah dan timbalan speaker DUN Selangor, mendakwa laporan itu dibuat dengan “niat jahat” selepas perceraian mereka.
“Laporan itu berniat jahat. Bukannya lepas berlaku dia terus report polis. Laporan itu dibuat selepas saya menceraikan dia, jadi berniat jahatlah.
“Polis pun dah siasat benda tu. Ringkasnya, kalau betul saya bersalah, polis akan ambil tindakan segeralah,”
Juliani, 38, dalam laporannya, mendakwa Hasnul memukulnya kira-kira jam 11 malam pada 21 Ogos lalu di rumah mereka di Banting sehingga menyebabkan kecederaan di muka.
Dia berkata laporan itu dibuat beberapa bulan selepas kejadian itu untuk dikemukakan bagi rujukan Mahkamah Syariah dan tindakan lanjut terhadap Hasnul.
‘Dia terkam, tampar dua tiga kali’
Ketika dihubungi, Juliani berkata dia tidak segera membuat laporan polis kerana Hasnul pada masa itu memujukkan untuk tidak berbuat demikian.
“Kejadian berlaku pada 21 Ogos. ketika itu saya kena pukul sebab suami saya minta nak berpoligami.
“Saya cuba nak pujuk dia masa tu, tapi tak diendahkan. So terjadi benda tu, dia nampak saya nangis tak boleh control, dia terkam, tampar dua tiga kali sampai pecah berdarah bibir saya. Masa tu saya belum buat laporan polis sebab dia pujuk untuk tak buat laporan,” katanya.
Wanita berusia 38 tahun itu berkata dia memiliki gambar wajahnya yang diambil selepas kejadian itu yang turut dikemukakan kepada Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat.
Mahkamah berkenaan mengesahkan lafaz cerai yang dibuat di luar mahkamah melalui WhatsApp oleh Hasnul terhadap isterinya pada 14 Okt lepas.
Hasnul mengesahkan telah memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung perkara itu.
ADUN Amanah ‘pukul bini’ disiasat polis
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin masih jaja cerita dongeng – Najib
- PRN Melaka: Hentam Umno fokus kempen Muhyiddin
- ‘Sotong Kayangan’ muncul dahulu sebelum Siakap
- Maya Karin dibayar RM2 ribu untuk filem Hollywood
- Jangan sampai kita hempas makanan – Rider
- Suami Nynaa Harizal failkan permohonan supaya isteri kembali taat
- Muhyiddin dan Hadi ‘hentam’ Barisan Nasional
- Kakaktua bongkar suami curang dengan pembantu rumah
- ‘Letupan’ enjin sebuah pesawat Malaysia Airlines 50 penumpang ‘cedera’
- Amaran Allah dalam 10 Ayat Pertama Surah al-Kahfi
- Dah Masuk 5 Series, Nasha Aziz masih ‘bergetah’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET