PRN Melaka: Mungkir Janji Antara Sebab PH Dan PPBM Ditolak Rakyat – DS Najib

Oleh Ustaz Jekk

Dalam satu rancangan bual bicara yang dikendalikan oleh UMNO Online, Mantan Perdana Menteri YB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata mungkir janji menjadi antara sebab utama Pakatan Harapan (PH) yang turut dianggotai oleh PPBM ditolak rakyat.

Buktinya adalah tujuh Pilihanraya Kecil (PRK) bermula dari PRK Cameron Highland sehinggalah PRK Kimanis di Sabah, PH dan PPBM kalah teruk.

Politik yang tidak stabil juga menjadi punca utama, yang mana seperti yang semua rakyat maklum tentang tuntutan Anwar Ibrahim supaya Tun Mahathir selaku Perdana Menteri pada ketika meletak jawatan dan menyerahkan jawatan PM kepada beliau.

Perkara ini membawa kepada runtuhnya kerajaan PH dan PPBM bertindak keluar daripada Pakatan Harapan yang menyebabkan PH hilang majoriti di Parlimen.

Kali ini PH tidak lagi menggunakan terma ‘manifesto’ tetapi menggunakan terma ‘plan tindakan’ untuk mengabui mata rakyat khususnya pengundi di Melaka akan sikap mungkir janji mereka ketika menjadi kerajaan.

Najib juga berkata sesebuah kerajaan perlu mempunyai kompetensi dan kemampuan untuk mengurus tadbir negeri mahupun negera. Sekiranya mempunyai kestabilan sahaja tetapi tidak mampu mentadbir ianya tidak akan menjadi kerana kedua-keduanya harus selari.

Link Youtube;

https://youtu.be/tWFPqrQk0zM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker