PRN Melaka: Jelajah Konvoi Pemuda DUN Tanjung Bidara

Sebaran :

Oleh BamJekk

Tanjung Bidara – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka yang juga calon Barisan Nasional (BN) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.02 Tanjung Bidara hari ini mengadakan konvoi bersama pemuda di sekitar kawasan ini.

Tujuan konvoi ini diadakan adalah bagi memeriahkan suasana pilihanraya negeri (PRN) yang diadakan akibat penarikan sokongan 4 adun sebelum ini yang menyebabkan kerajaan negeri Melaka terbubar dan sekaligus menghadapi pilihan raya.

Jelajah siri pertama ini bermula di Villa D Acqua pada jam 8.30 pagi tadi dan berhenti seketika di Kampung Air Hitam Pantai serta mengadakan gotong royong membersihkan kawasan perkuburan islam kampung berkenaan.



Selepas itu konvoi berangkat ke Taman Bidara Alma dan singgah di bilik gerakan taman berkenaan bagi menerima penyerahan borang keahlian sebanyak 100 orang ahli baharu untuk menyertai parti UMNO dari kalangan masyarakat sekitar kawasan tersebut.

Seterusnya Ab Rauf ke tapak Kelab Memanah Taman Bidara Alma yang mana ketika itu juga sedang mengadakan pertandingan memanah sekaligus merasmikan kelab tersebut yang baharu sahaja ditubuhkan oleh komuniti setempat.

Konvoi terus bergerak ke pantai Tanjung Bidara bagi memberi sokongan kepada anak muda yang mengadakan pertandingan sepak takraw dan turut berangkat ke Pantai Pasir Gembur beramah mesra dengan nelayan-nelayan di kawasan itu sambil mendengar permasalah yang ada berkaitan lesen serta sistem pendaratan ikan di kawasan itu.


Sebaran :

Leave a Reply