‘Pengembara masa’ ramal serangan makhluk asing menjelang 2022

Seorang pengguna akaun TikTok mendakwa datang dari tahun 2714 telah membuat lima ramalan berkenaan dunia. – Getty

LONDON – Sebuah akaun di TikTok tular kerana menyiarkan klip video dengan ramalan hujan meteor yang membawa bersama makhluk asing akan melanda bumi, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ini bukan kali pertama pengguna akaun bernama @aesthetictimewarper, yang dikenali sebagai ‘pengembara masa sebenar’  itu mendakwa ingin membantu manusia dengan membuat banyak ramalan tentang Bumi.

Pada Julai lalu, pengguna akaun itu menyenaraikan lima tarikh dan peristiwa yang akan berlaku menjelang akhir 2021 dan 2022.

Antaranya, pengembara masa itu percaya bahawa tiga remaja akan membuka portal ke alam semesta lain menggunakan telur dinosaur T. Rex pada Disember ini.



Pemilik akaun itu juga juga mengatakan bahawa bandar mitos, Atlantis yang tenggelam akan ditemui di Lautan Atlantik pada tahun 2022, yang menempatkan kehidupan manusia-ikan.

Akaun yang dianggap menyebarkan perkara tidak logik itu juga mengatakan bahawa NASA akan menemui dimensi kembar Bumi ada Ogos lalu dan lapan manusia akan menerima kuasa luar biasa daripada tenaga Matahari yang melampau pada Oktober lepas.

Ramai yang menyuarakan pendapat mereka berkenaan teori itu.

Seorang pengguna malah memberi komen kepada  pengguna Tik Tok dengan lebih 3.9 juta tanda suka dan 611,000 pengikut itu dengan menulis: ‘’Perkara pertama yang saya akan lakukan sebagai pengembara masa: cipta akaun TikTok,’’



Pengguna yang lain bercanda dengan berkata ‘ia akan berlaku sebaik sahaja mereka menghidupkan 5G itu’, dan yang lainnya menambah: “Tiada apa yang dikatakannya menjadi kenyataan. Beritahu kami sesuatu yang benar.”

Pemilik  akaun itu membalas dengan berkata: ‘’Ramai  antara kamu masih tidak percaya saya pengembara masa sebenar, jadi ingat lima tarikh ini.” – Agensi

‘Pengembara masa’ ramal serangan makhluk asing menjelang 2022


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kilang roti penuh najis tikus dan lipas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker