Burukkan kawan-kawan, Peja dibidas ‘sahabat lama’

SHAH ALAM – “Walaupun DAP (Parti Tindakan Demokratik) dan Amanah (Parti Amanah Negara) kononnya bergaduh setiap hari, Bro Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) masih kekal jadi Menteri Besar.” Demikian sindiran bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim terhadap Ahmad Faizal yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) setelah beliau mengeluarkan kenyataan kontroversi dalam satu ceramah untuk pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada Khamis.

Dalam sesi ceramah yang disiarkan secara langsung itu, Ahmad Faizal yang juga bekas Menteri Besar Perak untuk dua kerajaan negeri iaitu Pakatan Harapan (PH) dan PN, mendakwa beliau terpaksa ‘menguruskan’ pertengkaran setiap hari ketika memimpin kerajaan negeri PH Perak.

Jelas Ahmad Faizal atau lebih dikenali Peja, DAP dan Amanah Perak didakwanya sentiasa berjuang untuk kepentingan diri mereka sendiri.

“Jangan burukkan kawan-kawan lama yang pernah bersama-sama bro dahulu. Berkempenlah dengan cara sihat, maklumkan sahaja apa PN hendak tawarkan kepada rakyat.” – Hasnul Zulkarnain.

Kesal dengan dakwaan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, Hasnul Zulkarnain yang ketika pentadbiran kerajaan PH merupakan salah seorang Exco dilantik daripada Amanah, mengingatkan Peja supaya tidak ‘galak’ untuk beri kenyataan mengelirukan dengan memburukkan ‘kawan-kawan lama’.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas itu, Ahmad Faizal harus menyedari beliau jatuh daripada jawatan Menteri Besar Perak hanya setelah DAP dan Amanah tidak lagi berada dalam kerajaan.

“Saja nak ingatkan bro Peja, jangan galak sangat bagi kenyataan mengelirukan. Sudah berlaku dua tiga kes.

“Jangan burukkan kawan-kawan lama yang pernah bersama-sama bro dahulu. Berkempenlah dengan cara sihat, maklumkan sahaja apa PN hendak tawarkan kepada rakyat.

“Nak ingatkan juga kalau Peja terlupa, bro terlungkup jatuh daripada ‘takhta’ MB (Menteri Besar) bila DAP dan Amanah tiada dalam kerajaan. Jangan salahkan pada ‘orang istana’ pula,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

IR MOHAMMAD NIZAR
IR MOHAMMAD NIZAR

 

RAIH SIMPATI ORANG MELAKA

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan kenyataan Ahmad Faizal itu sebagai satu pembohongan yang sengaja diada-adakan bagi meraih simpati pengundi negeri Melaka.

Jelas bekas Exco Pelaburan, Industri dan Pembangunan Koridor Perak sewaktu kerajaan PH itu, tindakan Peja yang mengkhianat kerajaan PH dan ‘lari’ daripada menjadi Menteri Besar Perak untuk koalisi baharu PN sebelum ini adalah lebih dahsyat berbanding perkara didakwa beliau.

“Bila Peja tinggalkan PH bersama ADUN-ADUN Bersatu yang lain, mereka mengkhianati mandat rakyat dan itu adalah ‘beda’ah (pembohongan) lebih dahsyat daripada sifat berbohong itu sendiri.

“Sekalipun Exco Amanah dan DAP ada pertikaian atau perbezaan pendapat sewaktu pentadbiran kerajaan negeri PH, hal itu disebabkan semua pemimpin PH menghormati ruang perbincangan sihat dan positif dengan sebarang pertukaran minda dan perbezaan pendapat tidak menyebabkan kami bermusuh,” katanya.

Burukan kawan-kawan, Peja dibidas ‘sahabat lama’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemimpin Bersatu Bidas PAS, pertandingan persahabatan dengan UMNO hanya penyedap bibir

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker