#PRNMelaka : Manifesto – PH tawar auta versi 2.0

Oleh Wahida

Barisan Nasional telah melancarkan tawaran-tawaran janji dalam manifestonya kepada rakyat Melaka. Bertemakan ‘Kestabilan demi Kemakmuran”, manifesto BN berpandukan 5 teras yang merangkumi kestabilan politik, lonjakan ekonomi baharu, kecekapan tadbir usur, masyarakat bersatu padu dan pembangunan mapan.

Secara ringkasnya, BN berjanji untuk menstabilkan politik negeri dengan menawarkan untuk mewujudkan 5 jawatan ADUN lantikan tambahan yang merangkumi kepakaran dari bidang masing-masing. Untuk menggalakkan orang muda berpolitik, BN akan mewujudkan DUN Belia.

Teras kedua adalah melonjakkan ekonomi baharu. Ini adalah impak kesan buruk ekonomi negara dan rakyat yang dialami akibat dari pandemik Covid-19 sejak 2 tahun lalu. Di antaranya mewujudkan zon M-Wez dan membantu golongan muda mencari pekerjaan.

Manifesto BN untuk rakyat Melaka adalah sangat menyeluruh dan menarik seperti memberi bantuan ambulan percuma di kesemua 28 ADUN.

Prihatinnya BN dan betapa pekanya parti ini terhadap masalah iaitu banjir kilat yang sedang dihadapi rakyat Melaka, BN menekankan untuk beri keutamaan program tebatan banjir. Memandangkan kerajaan persekutuan yang diketuai Perdana Menteri dari Barisan Nasional dan peruntukan yang sangat besar diperlukan Melaka, pasti akan dapat diuruskan dengan kadar segera.

Bukan saja golongan anak-anak muda malahan kalangan veteran dan yang kurang upaya juga diberi perhatian. Kecekapan mentadbir negeri menjadi salah satu teras manifesto BN untuk memastikan segala tadbir urus dilakukan dengan cekap untuk mengelak sebarang ketirisan.

Sebelum PRU14, BN telah menunaikan 95% janji-janji manifesto berbanding PH yang hanya pandai mengaku mencapai 73% dari janji-jani mereka. Alasan yang diberi kerana mereka hanya memerintah 22 bulan. Pencapaian 73% ini sangat diragui apabila PH gagal dan enggan memperinci pencapaian mereka.

Yang pasti, semua rakyat mengetahui PH gagal tunaikan janji-janji 100 hari dan dalam tempuh sebulan saja, mereka telah mengisytiharkan bahawa manifesto itu bukan kitab suci. Sebenarnya, ketika PH menerajui kerajaan, mereka memang tidak mahu tunaikan janji-janji pilihanraya.

Sangat melucukan apabila PH meletakkan keutamaan meluluskan akta lompat parti sedangkan apa yang berlaku ke atas Melaka hari ini, terjadi disebabkan Anwar yang menjadi dalang 4 ADUN Melaka telah merancang membuat kucar-kacir dan seterusnya 2 daripada ADUN tersebut diterima melompat ke parti mereka. Mana mungking BN sebagai kerajaan akan menjatuhkan kerajaan sendiri.

Kecewa dengan tindakan PH, jangan salahkan rakyat apabila mereka dipanggil “PAKATAN HANCING”. Oleh itu, rakyat Melaka jangan membiarkan diri mereka berterusan dipancingkan dengan janji-janji palsu Pakatan Harapan. Sesungguhnya rakyat Melaka tidak suka ditipu!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker