#PRNMELAKA2021: Orang Muda Senang Dengan Rauf
Oleh Megat Terawih
Kalau tak berpeluang sarapan dengan Dato Rauf mungkin saya tidak kenal beliau, rupanya senang diajak berbual, masih tebal ‘jiwa kampung’ dan serius mendengar keluhan kami warga Tanjung Bidara kata pemuda yang hanya ingin dikenali sebagai Mat.
Pembangunan di Tanjung Bidara adalah hasil pemimpin BN terdahulu, anjakan perubahan boleh dilihat, sekarang sudah banyak pembangunan dan kesannya kepada penduduk di sini boleh dilihat. Peluang kerja juga bertambah, peluang berniaga sambilan juga ada. Peniaga sepenuh masa mula rancak kembali. Impak dari dasar pelancungan negeri dan promosi serta penambah baikan industri tersebut. Industri hiliran juga menerima kesan impak positif kata mereka yang bersama Dato Rauf pagi ini.
Kami doakan Dato Rauf menang besar supaya boleh meneruskan lagi dengan lebih baik kesinambungan industri pelancungan yang sememangnya membuatkan Melaka terkenal sebagai destinasi pelancungan dalam dan luar negara.
Dato Rauf juga berjanji sekiranya beliau menang dan menjadi wakil rakyat di Tanjung Bidara, setiap segmen rakyat akan nikmati hasil produk utama Tanjung Bidara, pelancungan.