KJ turun berkempen untuk Reezal Merican

Bekas pemimpin Umno yang dipecat Khairy Jamaluddin menggesa orang ramai mengundi calon parti itu di Bertam, Pulau Pinang.

Katanya, Reezal Merican Naina Merican adalah calon terbaik yang mempunyai pengalaman dalam parlimen dan kabinet serta seorang “pemimpin hebat” Umno.

“Kamu mahu selesaikan masalah kamu? Kamu mahu seseorang yang boleh selesaikan masalah kamu?



”Reezal Mericanlah orangnya,” kata Khairy.

Reezal Merican mencabar penyandang calon Perikatan Nasional (PN) Khaliq Mehtab dalam pertandingan satu lawan satu.

Dalam pilihan raya umum lalu Khaliq hanya menang tipis dengan majoriti 217 undi.

Bagaimanapun ketika itu berlaku pertandingan tiga penjuru dengan BN dan PAS.



PAS dan Bersatu kali ini bergabung tenaga dalam satu gabungan.

Dalam video ringkas di Facebook Reezal Merican, Khairy berkata calon nombor satu itu faham dan menghayati jiwa orang muda.

“Beliau, percayalah beliau adalah pemimpin yang walaupun dah lama tetapi masih lagi berjiwa muda,” selorohnya.

Khairy juga berpesan supaya pengundi tidak hanya memilih pemimpin yang hanya pandai cakap dan “menunggang gelombang politik”, sebaliknya harus berpengalaman.



Pada dua hari lalu, Khairy turut menyertai kempen calon PN di DUN Jeram, Harisson Hassan.

Sementara itu, menjawab soalan pemberita, Khaiy berkata dia membantu Reezal atas dasar persahabatan serta kemampuan kawan baiknya itu.

“Satu undi (untuk) Reezal Merican adalah satu undi (untuk) Reezal Merican, bukan Zahid Hamidi,” katanya.

Khairy juga mendedahkan dia akan terlibat lagi dalam beberapa kempen calon BN dan Perikatan Nasional (PN).



Khairy sebelum ini pernah dispekulasi akan menyertai PN dan bertanding dalam pilihan raya negeri Sabtu ini.

Bagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan dan bekas ketua pemuda Umno itu masih kekal tidak berparti.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis



Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Wajah Enot Dah Berubah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker