Rakyat nak tahu pendedahan @edisi_siasatmy benar atau tidak

Rakyat nak tahu pendedahan @edisi_siasatmy benar atau tidak, kata Gobind

Gobind Singh Deo (PH- Puchong) kecewa dengan jawapan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berhubung pendedahan individu di sebalik akaun Twitter @edisi_siasatmy berhubung skandal dalam kalangan pihak berkuasa itu yang disifatkan sebagai disensasikan.

Beliau berkata, apa yang rakyat ingin tahu sebenarnya adalah sama ada pendedahan yang dibuat itu benar atau tidak.

“Soalan saya, adakah ia bermaksud bahawa benar apa yang disebut di situ?

“Kenapa tidak ada siasatan berkenaan dengan apa yang disebut di situ. Itu kita nak tahu, apa dibawa oleh @edisi siasat itu benar atau tidak,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Acryl berkata, polis sedang menjejaki individu di sebalik akaun Twitter @edisi_siasatmy, dan mendakwa kebanyakan “pendedahan” skandal dalam kalangan pihak berkuasa itu telah disensasikan.

Acryl berkata, polis telah membuka 13 kertas siasatan terhadap akaun itu, yang menyiarkan maklumat mengenai dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan agensi kerajaan.

Dalam pada itu, Gobind turut mempersoalkan kenapa sering kali rakyat mendapat jawapan seperti yang dijawab Acryl hari ini dan mengapa polis tidak merujuk bahan yang dilaporkan itu.

“Lihat respons tak jurus kepada isu ini. Timbul tanda tanya adakah apa disebut @edisi siasat benar,” katanya. FMT

Rakyat nak tahu pendedahan @edisi_siasatmy benar atau tidak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng

Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker