Arak tidak bawa kebaikan, mengapa MCA pertahan penjualan?

BANGI, 2 Rabiulakhir 1443H, Ahad – Pengambilan minuman keras yang mengundang seribu kemudaratan bukanlah satu keperluan dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

Atas dasar itu, Pengerusi Pertubuhan Keilmuan Nasional, Zambri Isa menyifatkan, langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina dilihat sebagai tindakan tepat serta bijak.

“Hakikatnya, arak bukan lambang kemodenan dan ia tiada kaitan langsung dengan berjaya atau tidaknya tetapi ia melibatkan soal nyawa dan kesihatan.

“MCA harus faham tindakan DBKL itu adalah untuk menjaga kemaslahatan semua pihak, tidak dinafikan arak  dibenar untuk mereka bukan beragama Islam, tetapi ia banyak membawa keburukan,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Tegas Zambri, kesan langsung pengambilan arak boleh menjejaskan kesihatan dan rangsangan sel otak terganggu sekali gus menggurangkan ketajaman penglihatan, daya ingatan serta pelbagai kesan buruk lain.

Katanya lagi, MCA seharusnya berfikiran terbuka dan melihat larangan itu sebagai kekangan demi menjaga kesihatan rakyat.

“Kalau lihat banyak berlaku kemalangan di jalan raya yang disebabkan pemandu mabuk semuanya berpunca daripada pengambilan arak, jadi perkara ini boleh kita kawal jika penjualan itu dilarang.

“Arak bukanlah keperluan tetapi langsung tidak membawa kebaikan sebaliknya lagi merosakan diri,” ujarnya lagi.

Malah, tegas beliau terbukti ada kajian saintifik menunjukkan seseorang yang mengambil minuman keras dalam masa satu jam boleh menyebabkan keadaan tidak stabil dan hilang kawalan diri.

“Bukan itu sahaja, pengambilan boleh mencetuskan kejadian membunuh diri, jenayah, kemalangan, tindakan keganasan serta masalah kesihatan semakin menggerunkan,” ujarnya.

Justeru, beliau menggesa DBKL terus menggunakan kuasa yang diberikan sebaik-baiknya.

Malah, DBKL juga boleh bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) bagi memantapkan lagi pemantauan dari semasa ke semasa selain menjayakan larangan penjualan berkenaan.

Sebelum ini, MCA menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pengumuman DBKL yang meneruskan larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina berkuat kuasa, 1 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Nicole Wong Siaw Ting berkata, larangan itu disifatkan sebagai satu tindakan terkebelakang di era moden ini.

Arak tidak bawa kebaikan, mengapa MCA pertahan penjualan?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bekas YB ‘Juara Penambak Babi’ yakin menang walaupun bertanding bebas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker