Tahniah Calon Barisan Nasional PRN Melaka

Setinggi tahniah kepada semua calon yang tersenarai bakal membawa obor BN dalam PRN Melaka.

Kesemuanya ada kekuatan dan keistimewaan tersendiri.

Keberanian kepimpinan parti untuk membariskan beberapa wakil generasi muda merupakan petanda baik bahawa pembaharuan politik terus berlangsung dalam parti-parti Barisan Nasional. Dikalangan calon-calon muda ini ialah individu yang berkaliber dan bertenaga menawarkan imej segar dan ikrar khidmat bakti kepada rakyat.

Bersama calon-calon yang lebih berpengalaman, mereka mewujudkan suatu barisan yang mengisi pelbagai julat umur, mewakili perspektif generasi masing-masing. Inilah keunikan tawaran BN kali ini, disamping selaras dengan konsep setiakawan dalam BN dan semangat #KeluargaMalaysia, 8 kerusi juga dikongsi bersama parti-parti komponen.

Semua calon terutamanya rakan-rakan kami yang muda tetap akan memerlukan kerjasama, bantuan dan dukungan seluruh jentera parti. Dan saya yakin setiap daripada mereka sedia dan rendah diri memohon kerjasama tersebut, bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk menjamin kejayaan parti.

Dalam hari-hari mendatang, kami akan mempromosi calon-calon Barisan Nasional dan memperhebat gerak kerja terutamanya dengan normal baharu.

Melangkaui isu calon, dua perkara utama telah diperjelas sekali lagi hari ini.

1. Calon Ketua Menteri dari BN ialah Datuk Seri Sulaiman Md Ali

2. Semua calon menandatangani akuan bersumpah untuk tidak lompat parti dan menerima tindakan undang-undang diambil jika ingkar.

Kedua-dua ini menjanjikan kestabilan sebagai satu tema utama dalam kempen BN untuk PRN Melaka.

– SHARIL HAMDAN-

#KestabilanDemiKemakmuran
#SambungYangTergendala

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker