#PRNMelaka : Malang Bagi Adly, Ketua Menteri Jawab Dalam Tempoh 3 jam Sahaja

Sebaran :

Oleh Wahida

 

Tujuan utama mantan Ketua Menteri Melaka (PAN) Adly Zahari membuat persoalan urus tadbir kewangan negeri Melaka di Facebook tidak sukar untuk kita faham. Adly hanya mahu kekalkan soal atau lebih tepat fitnah rasuah dan penyelewengan dengan BN/UMNO.

Di saat kempen sedang berjalan rancak untuk PRN, imej bersih Ketua Menteri cuba dirosakkan agar rakyat Melaka terpengaruh untuk tidak mengundi calon BN/UMNO.

Adly mengambil kesempatan ini melontar persoalan mengenai RM10 juta peruntukan untuk menangani banjir seolah-olah kerajaan Melaka telah melenyapkannya. Sebenarnya, persoalan sedemikian boleh saja dibawa ke persidangan DUN tetapi Adly lebih gemar menjadikan isu ini sebagai bahan kempen politiknya.



Pada hari yang sama dalam tempuh 3 jam, Ketua Menteri Dato Sulaiman Md Ali telah menjawab soalan Adly tersebut, juga di Facebook.

Memang benar peruntukan menggantikan pintu baraj Sungai Melaka yang rosak telah diluluskan Kementerian Alam Sekitar dan Air. Jabatan Pengairan dan Saliran adalah agensi pelaksananya.

Pada 28 Oktober 2019, kerajaan telah membuka tender dan tarikh tutup ialah pada 2 Disember 2019.

Tarikh milik tapak projek ini bermula pada 8 Oktober 2020 dan syarikat yang berjaya adalah USS Engineering Sdn Bhd dengan kos RM7.875 juta. Tempoh projek adalah selama 14 bulan dan tarikh siap asal adalah pada 7 Disember 2021. Projek ini pula dipantau oleh Pengarah Bahagian Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Pengairan dan Saliran.



Projek ini tergendala apabila pandemik COVID-19 mula melanda dunia dan negara dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan serta Perintah Darurat telah berlaku. Oleh itu, kontraktor telah diberi lanjutan masa sehingga 1 April 2022.

KM Dato Sulaiman juga telah ‘update’ kemajuan kerja kepada Adly di mana 55% kerja telah pun siap setakat 15 Oktober 2021 dan kontraktor akan melengkapkan kerja-kerja tersebut pada masa yang telah ditetapkan.

Setakat hari ini, Adly tidak mampu menyangkal jawapan Dato Sulaiman yang sememangnya tepat dan benar. Malahan jika diteliti, jawapan yang diberikan sangat terpeinci.

Jika perkara yang sama berlaku ketika Adly adalah Ketua Menterinya, pasti tidak akan dilayan dan berkemungkinan Adly tidak ada jawapannya.



Dengan ini jelas siapa yang lebih telus di dalam mentadbir kerajaan negeri dan seterusnya membawa kemakmuran dan kejayaan negeri Melaka. Adly perlu lebih berhati-hati dalam ingin bermain dengan persepi buruk terhadap kepimpinan Dato Sulaiman dan BN/UMNO.

Adly perlu tanya diri sendiri, apakah beliau jujur dan telus ketika berada di jawatan yang sama?


Sebaran :

Leave a Reply