Polis tahu di mana saya – Clare Rewcastle

Polis tahu di mana saya – Clare Rewcastle

Clare Rewcastle Brown hairan dengan tindakan polis Malaysia yang telah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya untuk tampil membantu, sambil menambah bahawa pihak berkuasa telah pun menghubunginya sebelum ini.

Pengarang Sarawak Report juga tertanya-tanya apa lagi yang dimahukan polis daripadanya.

“Sekiranya mereka berharap seseorang akan bercerita mengenai keburukan saya, mereka akan kecewa kerana saya menjalani kehidupan yang sangat membosankan tetapi gembira.

“Mereka perlu memberi tumpuan kepada penyangak yang mencuri dari Malaysia,” katanya kepada FMT.

Rewcastle Brown berkata, polis telah menghantar mesej terus kepadanya sebelum ini dan pihak berkuasa mengetahui “apa yang perlu diketahui”, termasuk butiran mengenai keberadaannya.

“Jadi mereka boleh saja angkat telefon dan hubungi saya, dan saya boleh memaklumkan kepada mereka.”

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan hari ini meminta orang ramai memberikan maklumat mengenai Rewcastle Brown yang gagal hadir ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan memfitnah Sultanah Nur Zahirah dari Terengganu.

Kenyataan itu dibuat selepas sebulan waran tangkap ke atasnya dikeluarkan.

Rewcastle Brown menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang didakwa memperlekeh Sultanah Nur Zahirah dalam bukunya, The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose.

Bagaimanapun, Rewcastle Brown – yang berpangkalan di UK – berkata dia sebelum ini menjelaskan bahawa dia tidak boleh hadir.

“Saya kesal dengan pihak polis yang telah diarah membuka semula kes yang telah disahkan NFA (tiada tindakan lanjut) pada 2018,” katanya, merujuk kepada akronim untuk tiada tindakan lanjut. FMT

Polis tahu di mana saya – Clare Rewcastle


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker