Pelatih pusat pemulihan dadah maut, warden ditahan
Seorang pelatih pusat pemulihan dadah di Kubang Pasu, Kedah, 31, meninggal dunia akibat kecederaan dilaporkan akibat tindakan seorang warden yang menggagalkan cubaannya melarikan diri.
Harian Metro melaporkan warden berusia 46 tahun itu didakwa telah memijak leher, memukul dadanya dan menendang mangsa.
Ini selepas mangsa diletakkan di dalam sel pengasingan berikutan cubaan melarikan diri dari fasiliti itu sekitar jam 3 pagi pada 4 Nov.
Mangsa yang dimasukkan pada April atas kes ganja hanya dapat lari kira-kira 1km dari kemudahan itu sebelum ditemui warden, menurut Ketua Polis Kedah Kamarul Zaman Mamat.
“Warden terbabit bersama seorang kakitangan lain menaiki motosikal dan menemui mangsa di tepi jalan kira-kira satu kilometer dari pusat pemulihan berkenaan.
“Mangsa yang dalam keadaan lesu serta tidak bermaya itu kemudian dibawa pulang dengan menaiki van dan dia ditempatkan di sel pengasingan,” katanya.
Kamarul berkata warden terbabit datang ke sel mangsa jam 11 pagi dan memijak leher, memukul serta menendang dada.
“Kejadian itu dilihat dua pelatih senior yang terus melerai serta menenangkan warden berkenaan daripada mengamuk dan memukul mangsa yang ditempatkan dalam sel bersama enam penghuni lain itu.
“Tindakan warden terbabit menyebabkan mangsa mengalami kesan cedera di dada, leher serta hidung berdarah dan selepas hampir tujuh jam kemudian mangsa pengsan ketika sedang mandi bersama enam pelatih lain,” katanya.
Warden bersama pelatih lain kemudian membawa mangsa menaiki van namun dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Jitra, kata Kamarul Zaman.
Dilaporkan, doktor mengesahkan kematian mangsa jam 7.50 malam yang menghubungi dan membuat laporan polis memaklumkan kejadian dengan mendakwa ada kesan lebam di leher, dada, bawah dagu dan terdapat kesan cakaran kuku kemungkinan akibat bergaduh.
Menurut Kamarul Zaman, susulan itu seorang lelaki berusia 46 tahun yang masih bujang dan bertugas sebagai warden sejak lebih setahun lalu di pusat pemulihan itu ditahan.
“Setakat ini, suspek membuat pengakuan awal yang dia memang memukul mangsa.
“Suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. Mk
Pelatih pusat pemulihan dadah maut, warden ditahan
Baca Artikel Menarik :
- Cuba rempuh, polis tembak kereta, tahan suspek edar dadah
- Letak duit dalam coli pun tak selamat
- Suara Level Penyanyi Karaoke β Azmeer Tegur Iqbal
- Gelagat politik PAS tidak patuh syariah?
- Nynaa Harizal dilarikan keluarga guna senjata api, suami buat laporan polis
- PRN Melaka: Umno tampil 90% muka baharu
- Vanessa Angel dan suami maut dalam nahas jalan raya
- Terkejut bayar harga siakap Langkawi RM1,196 seekor
- Setimpalkah hukuman mereka iniβ Didie Alias
- Kemaluan bengkak, kanak-kanak didakwa disunat jin
- McDonalds kembali dengan menu ayam goreng 3x pedas
Layari Laman Facebook MYKMU