Haram beri wang kepada pengemis, MUI keluar fatwa

Haram beri wang kepada pengemis, MUI keluar fatwa

Sebuah pertubuhan ulama Indonesia baru-baru ini mengeluarkan fatwa yang mengatakan hukum memberi wang kepada pengemis di jalanan adalah haram, lapor laman berita Coconuts semalam.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) Sulawesi Selatan yang merupakan antara badan ulama tertinggi dan paling berpengaruh di negara itu mengeluarkan fatwa tersebut minggu ini.

Ia adalah berdasarkan tafsiran undang-undang dan ajaran Islam. Menurut majlis itu, pemberian wang kepada pengemis hanya membuatkan serta membolehkan mereka terus mengemis.

“Pemberian wang kepada pengemis jalanan menyokong tindakan mereka dan pada masa yang sama gagal untuk mendidik kumpulan itu untuk membina akhlak yang baik,” kata Setiausaha Agung MUI Sulawesi Selatan, Muammar Bakri

Beliau menambah, perbuatan itu adalah satu dosa kepada pemberi dan juga penerima.

Terdapat banyak laporan mengenai sindiket yang mengambil bahagian daripada wang yang diberikan kepada pengemis jalanan, termasuk kanak-kanak di Indonesia.

Malah, terdapat juga fenomena orang kaya yang pergi ke bandar-bandar besar untuk mengemis memandangkan lebih mudah meraih simpati orang ramai berbanding bekerja seperti biasa.

Dalam fatwanya, MUI memberi amaran bahawa mereka yang meminta-minta walaupun berkemampuan dari segi fizikal dan mental dianggap melakukan dosa yang lebih besar.

Tambahan pula, kehadiran pengemis jalanan juga boleh mengganggu keselamatan dan ketenteraman di kawasan awam.

MUI menasihatkan orang ramai untuk menyalurkan wang mereka melalui pertubuhan amal yang dipercayai. K Online

Haram beri wang kepada pengemis, MUI keluar fatwa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker