Mahathir masih dengan retorik mahu selamatkan Malaysia, mahu tanding PRU15


Mahathir masih dengan retorik mahu selamatkan Malaysia, mahu tanding PRU15

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mungkin kembali bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) walaupun ia mungkin menjadi “pilihan terakhir”.

Dalam wawancara bersama VICE News disiarkan di YouTube, Mahathir berkata ramai penyokong dan “pengikutnya” mahu beliau melakukannya walaupun sudah tidak mahu lagi bertanding.

“Namun, jika mereka merasakan penyertaan saya akan meningkatkan peluang parti (Pejuang) untuk menang, saya tidak boleh menolak permintaan mereka.



“Ya, sebagai pilihan terakhir,” kata pengasas parti Bersatu dan Pejuang itu ketika ditanya sama ada beliau masih mempertimbangkan untuk bertanding dalam pilihan raya pada usia 96 tahun.

Mahathir yang turut ditanya mengenai isu berkaitan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berkata mereka perlu menerima hakikat bahawa masyarakat di Malaysia adalah “berbeza” dengan Barat.

Katanya, wanita muda dan remaja perempuan di Barat bebas melakukan hubungan seks dan ibu bapa mereka boleh menerima tingkah laku itu.

“Ada segelintir ibu bapa juga memberikan pil perancang kepada anak perempuan mereka.”



Ahli Parlimen Langkawi itu berkata walaupun partinya mungkin tidak dapat bersuara bagi pihak belia namun mereka berkongsi pandangan yang sama dalam beberapa perkara, contohnya dalam isu melibatkan alam sekitar.

“Ada beberapa perkara yang mereka ambil berat. Sebagai contoh, isu alam sekitar dan perubahan iklim. Ini antara perkara yang menarik minat orang muda dan kita berkongsi pandangan yang sama,” katanya.

Najib masih menjadi mimpi buruk buat Mahathir

Mahathir mendakwa tidak ada kesaksamaan dalam layanan terhadap individu mempunyai status yang berbeza, sambil berkata bahawa bekas Perdana Menteri Najib Razak masih bebas walaupun didapati bersalah oleh mahkamah.



Katanya, “nampaknya” ada standard yang berbeza memandangkan ada yang dimasukkan ke dalam penjara walaupun belum didakwa di mahkamah manakala Najib telah pun didakwa, dibicarakan dan didapati bersalah namun belum dihukum.

Beliau juga berkata demokrasi adalah sistem politik terbaik yang dicipta oleh manusia walaupun ia tidak sempurna dan mempunyai kelemahan serta lompong.

“Di tangan orang baik yang percaya dengan demokrasi, demokrasi dapat dilaksanakan. Namun, di tangan orang yang tidak baik pula, kuasa diberikan kepada pemimpin yang dipilih, boleh disalah guna.

“Dan kita melihat perkara ini berlaku di Malaysia,” kata Mahathir. FMT



Mahathir masih dengan retorik mahu selamatkan Malaysia, mahu tanding PRU15


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker