Agong, Raja Permaisuri ucap takziah kepada keluarga dua bekas atlet negara

Sebaran :

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua bekas atlet wanita negara yang meninggal dunia pada Khamis.

Mereka adalah bekas pemain skuad bola sepak wanita, Kasmah Darus dan bekas atlet silat, Zaleha Suradi.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Kasmah dan Zaleha selain berharap seluruh keluarga kedua-dua Allahyarhamah sabar dan tabah menghadapi dugaan.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.



“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai dan menyanjung tinggi khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarhamah kepada negara,” menurut kenyataan Istana Negara yang dimuat naik menerusi Facebook pada Jumaat.

Kasmah, 63, yang berasal dari Tambun, Perak terkenal sebagai pemain sayap kanan pasukan bola sepak wanita kebangsaan semasa era 70-an dan 80-an, terutama pada pertandingan Piala Tun Sharifah Rodziah yang diibaratkan Piala Malaysia bagi kaum hawa.

Kehebatan Allahyarhamah bersama pasukan Selangor dan Perak pada ketika itu turut membawanya menyarung jersi Malaysia dalam Kejohanan Wanita Asia anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Kasmah turut mewakili skuad wanita kebangsaan pada Kejohanan Wanita Asia Ketiga di Calicut, Kerala, India pada 1980 dengan menduduki tempat kelima dalam liga pusingan awal.



Sementara itu, Zaleha yang pernah digelar ‘dwiantarabangsa’ kerana mewakili negara dalam dua sukan iaitu bola sepak dan silat pernah menyarung jersi skuad bola sepak wanita negara pada Kejohanan Wanita Asia 1986 di Hong Kong.

Kenyataan Istana Negara yang dimuat naik menerusi Facebook pada Jumaat.

Allahyarhamah juga pernah muncul naib juara kelas E (65 kilogram) Kejuaraan Silat Dunia di Belanda pada 1990 selain pernah membawa pulang dua pingat gangsa daripada Kejuaraan Silat Dunia 1982 di Jakarta, Indonesia dan 1987 di Kuala Lumpur.

Zaleha juga merupakan seorang yang aktif berpersatuan terutamanya bersama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) dan sentiasa melibatkan diri dalam program anjuran yayasan itu. – Bernama



Agong, Raja Permaisuri ucap takziah kepada keluarga dua bekas atlet negara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Lim Guan Eng Kalah Debat Dengan Wee Ka Siong


Sebaran :

Leave a Reply