Facebook Baru Tahu Ada Syarikat Lain Bernama Meta Juga

Facebook Baru Tahu Ada Syarikat Lain Bernama Meta Juga

Minggu lalu, dunia digemparkan dengan penukaran nama secara rasmi syarikat media sosial gergasi Facebook kepada Meta. Bukan itu sahaja, Mark Zuckerberg juga berkongsikan tentang hala tuju cara manusia berkomunikasi pada masa hadapan menerusi dunia meta atau metaverse.

Namun begitu, belum lagi cukup sebulan, Meta mungkin perlu membelanjakan wang jika mahu menggunakan nama tersebut. Hal ini kerana mereka baru mengetahui bahawa ‘Meta’ sudah pun digunakan syarikat lain yang digelar ‘Meta PC’.

Kata pengasasnya Zack Shutt dan Joe Darger, Meta PC merupakan syarikat pemula PC yang menjual produk-produk komputer di bawah jenamanya bermula November 2020. Akan tetapi, mereka baru sahaja memfailkan tanda dagang nama tersebut pada Ogos tahun ini.

Facebook sebaliknya, mereka mula mendaftar tanda dagang (trademark) ‘Meta’ pada bulan yang lalu – Oktober. Bagaimanapun, kedua-dua nama ini masih lagi belum menerima pengesahan.

Bermakna, mereka mungkin akan ‘berentap’ dalam merebut penggunaan nama ‘Meta’. Tambahan lagi, menurut Shutt, beliau bersedia untuk mengalah dengan Facebook jika Mark Zuckerberg mahu membayar mereka sebanyak USD20 juta (~RM83 juta).

Menariknya, Meta PC sempat mengajuk ‘Meta’ dengan kiriman video serta meme di laman Twitter mereka. Seolah-olah mereka tidak kisah atau mungkin gembira kerana secara tidak langsung, dunia mengetahui kewujudan Meta PC.

Walau apa pun, mari sama-sama kita nantikan perkembangan mengenainya. Diikutkan, nilai yang dipinta tidak sebesar mana jika hendak dibandingkan syarikat Facebook itu sendiri. Wiser

Facebook Baru Tahu Ada Syarikat Lain Bernama Meta Juga


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker