790 kes Delta di Sarawak dalam seminggu – Noor Hisham
790 kes Delta di Sarawak dalam seminggu – Noor Hisham
Sebanyak 1,047 kes varian membimbangkan (VOC) dikesan sejak 29 Okt dengan semuanya adalah varian Delta.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam kenyataan, data itu hasil kajian berterusan oleh Institute of Health and Community Medicine, UKM Medical Molecular Biology, Integrative Pharmacogenomics Institute, dan Malaysia Genome Institute.
Kes berkenaan dikenal pasti di 11 negeri dengan yang paling tinggi di Sarawak, di mana 790 kes atau 75.5% telah dikesan.
Ini disusuli Pulau Pinang (56), Johor (55), Negeri Sembilan (34), Pahang (34), Selangor (31), Sabah (16), Melaka (16), Kuala Lumpur (6), Perlis (6) dan Labuan (3).
Kes VOC tidak dikesan di negeri selebihnya.
Ini bererti jumlah kes Delta kini adalah 3,432, dan daripada jumlah itu 1,788 atau 52% telah dikesan di Sarawak. Negeri yang turut mencatatkan jumlah kumulatif tertinggi adalah Selangor (388), Johor (210) dan Pulau Pinang (195).
Sebelum ini Noor Hisham dilaporkan berkata, varian Delta mempunyai kadar kebolehjangkitan (R0 atau R-nought) lebih tinggi, dan lebih mudah berjangkit berbanding virus Wuhan yang mencetuskan pandemik Covid-19 tahun lalu. FMT
790 kes Delta di Sarawak dalam seminggu – Noor Hisham
Baca Artikel Menarik :
- Maut leher ditoreh bapa kandung kerana ubah saluran TV
- Vellfire kereta rasmi menteri? Tanyalah Atok dan Abah kau
- Filem Prebet Sapu wakili Malaysia ke Oscars
- Bekas Ketua Menteri Melaka Tidak Mengaku Penganut Syiah
- Isteri Shuk nekad minta cerai
- Pas hilang peluang bertapak di Melaka bila guna lambang PN
- Kenapa Tertuduh Dalam Kes Buli Zulfarhan Terlepas Hukuman Mati?
- Isteri tidur dengan bos agar suami dinaikkan pangkat
- Wanita Israel dipenjara kerana enggan menentang Palestine
- ‘Ada pihak gembira rakyat tidak dapat keluarkan wang KWSP’
- Tempah pelacur menerusi WeChat, RM190 sekali langgan
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.