PH Hargai ‘Jasa’ ADUN Jatuhkan Kerajaan Melaka – Shahril

PH Hargai ‘Jasa’ ADUN Jatuhkan Kerajaan Melaka – Shahril Hamdan

Pakatan Harapan (PH) dilihat menghargai ‘jasa’ bekas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terlibat menjatuhkan kerajaan negeri Melaka, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan.

Katanya ini kerana Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laporan media memaklumkan bersedia menjalinkan kerjasama dengan pemimpin itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.

“Hari ini kita telah dapat jawapan – PH terbuka menjalin kerjasama dalam PRN Melaka. Kita tunggu apakah ini bermaksud kelak rakyat akan diminta pilih tiga individu ini atas tiket PH. Jika tidak sekalipun, nampaknya PH menghargai ‘ ‘jasa’ dan menganggap mereka sebagai aset.

“Ya, UMNO tidak maksum. Tapi PH juga tak perlu acah suci. Semoga rakyat Melaka dapat mempertimbang dengan sepenuhnya apa yang telah berlaku, siapa dalangnya, dan siapa menangguk di air keruh.

“Bukan Ketua Menteri. Bukan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka. Dan tentunya bukan parti jauh sekali akar umbi UMNO khususnya di Melaka. Tetapi tiga orang ADUN berserta tukang catur dan sorak mereka,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sementara itu Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu juga sekali lagi menegaskan bahawa UMNO tidak wajar dipersalah kerana tindakan dua bekas ahli di Melaka dan seorang lagi ADUN yang telah membawa kepada pembubaran DUN dan PRN Melaka.

“UMNO tegas dan tangkas untuk memecat keahlian mereka. Apapun kelemahan UMNO, tiada siapa boleh pertikai parti mengambil tindakan yang jelas dalam hal ini dalam masa 24 jam. Tetapi di pihak ‘sana’ mereka berjumpa dan bermesra dengan orang-orang sama yang digunakan untuk memukul dan mentertawa UMNO.

“Dalam ucapan di sebuah majlis PKR, orang-orang sama itu dirujuk sebagai ‘panglima’. Ada yang kata, apa salahnya Presiden PKR berjumpa dengan ADUN Melaka? Ok, tak salah pun berjumpa.

“Tapi apa ertinya apabila meraikan mereka dan merujuk mereka sebagai ‘panglima’,” katanya.

Terdahulu pada awal Oktober empat ADUN mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali iaitu Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). Umno Online

PH Hargai ‘Jasa’ ADUN Jatuhkan Kerajaan Melaka – Shahril


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Bapa Lockdown Malaysia’ Punca Kehancuran Kewangan, Kehidupan Rakyat – Najib [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker