Facebook BEM diserang netizen, jurutera
Isu gaji rendah: Facebook BEM diserang netizen, jurutera
KUALA TERENGGANU: Laman sosial Facebook Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) diserang warganet termasuk dalam kalangan profesional bidang itu yang berang dengan kenyataan badan berkenaan susulan isu gaji jurutera rendah.
Tidak ketinggalan, isu sama hangat dibincangkan dalam kumpulan Facebook Bicara Jurutera sejak kenyataan itu dimuat naik BEM, semalam.
Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet kecewa dengan penjelasan BEM yang disifatkan tidak membela nasib jurutera di negara ini.
Seorang pemilik akaun, Nizam Mohamad mempersoal fungsi BEM yang didakwanya langsung tidak memperjuang soal gaji dan kebajikan jurutera.
Malah, ada yang mendakwa BEM sudah tidak relevan lagi dalam memperjuang profesion jurutera di samping menuntut badan itu melakukan kajian lebih terperinci terhadap jurutera di sektor swasta bagi mendapatkan gambaran lebih adil dalam isu gaji itu.
Setakat pukul 2 petang ini, hantaran itu mendapat lebih 2,000 perkongsian di samping 1,300 komen.
BEM menjelaskan, penetapan gaji minimum jurutera adalah sebagaimana profesion lain yang berdasarkan penawaran dan permintaan.
Menurut lembaga itu, anggaran gaji permulaan jurutera termasuk elaun dalam perkhidmatan awam pada 2000 adalah sebanyak RM1,800 manakala pada tahun ini pula adalah RM3,500 sekali gus menunjukkan peningkatan hampir 100 peratus sepanjang tempoh 20 tahun.
Katanya, penentuan gaji minimum jurutera dan pasukan kejuruteraan adalah di luar bidang kuasanya kerana mengikut Seksyen 4(1)(d) Akta Pendaftaran Jurutera 1967, pihaknya hanya berfungsi menetapkan skala yuran bagi perkhidmatan profesional kejuruteraan.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, gaji jurutera tempatan di negara ini masih statik dan tidak berubah sejak 20 tahun lalu dan dianggap tidak setimpal dengan profesion berkenaan, walaupun bergelar profesional.
Menurut laporan akhbar ini lagi, gaji permulaan yang diterima jurutera siswazah masih ditawarkan pada nilai sama seperti era 2000 iaitu serendah RM1,500 hingga RM2,000 berbanding pekerja perkhidmatan p-hailing yang meraih pendapatan RM4,000 sebulan. Utusan
Facebook BEM diserang netizen, jurutera
Baca Artikel Menarik :
- Anzalna tidak tahu bapa jadi CEO Finas
- DAP tetap bantah PKR dan PAN lamar bekas pemimpin UMNO
- Pengeluar Kereta Stellantis Ambil Alih Sepenuhnya Kilang NAZA Di Gurun, Kedah
- Kes Bunuh Zulfarhan: 18 Penuntut UPNM Didapati Bersalah
- Amanah sangat ‘terdesak’ mahu Idris untuk raih undi Melayu
- Mahathir nafi guna wang kripto
- Kena maki scammer, duit lambat masuk
- Ana Raffali dikecam agungkan ‘Mat Salih’
- Bank enggan terima duit rosak, lakukan ini segera
- Bengang tidak dipilih semula, bekas ketua kampung cabut tiang elektrik
- Yatt Hamzah jadi cleaner di Masjid Nabawi
Layari Laman Facebook MYKMU
Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee
You must be logged in to post a comment.