Manifesto BN perinci kejayaan tadbir Melaka

Manifesto BN perinci kejayaan tadbir Melaka

MELAKA: Barisan Nasional (BN) selesai merangka manifesto parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Pengerusi BN negeri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata semua pencapaian kerajaan diterajui BN, disenarai dalam manifesto yang dijangka dilancarkan selewat-lewatnya hujung minggu ini.



“Kita akan lancarkan tidak lama lagi dan antara pengisiannya ialah kejayaan BN mentadbir Melaka sejak Mac tahun lalu.

“Ini termasuk kejayaan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, menyelesaikan isu catuan bekalan air yang ditinggalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Kita tunggu apa manfaat bakal diperoleh rakyat Melaka jika BN terus diberi mandat mentadbir Melaka selepas PRN kerana semuanya ada dalam manifesto,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Minggu lalu, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata, manifesto BN pada PRN Melaka signifikan buat rakyat.



Katanya, jawatankuasa berkaitan manifesto parti sudah diminta melakukan sebaiknya demi kepentingan rakyat di negeri itu. BH

Manifesto BN perinci kejayaan tadbir Melaka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Bapa Lockdown Malaysia’ Punca Kehancuran Kewangan, Kehidupan Rakyat – Najib [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker