Jual arak di KL, jam 7 pagi hingga 9 malam sahaja
Jual arak di KL, jam 7 pagi hingga 9 malam sahaja
Bermula hari ini, semua kedai runcit merangkumi pasar raya, pasar raya besar dan kompleks membeli-belah di Kuala Lumpur hanya dibenarkan menjual minuman keras bermula pukul 7 pagi sehingga 9 malam.
Menurut Garis Panduan dan Syarat-Syarat Permohonan Lesen Minuman Keras baharu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), peraturan itu mesti dipatuhi oleh semua semua pihak yang terlibat berkaitan industri itu.
Selain itu, garis panduan sama menetapkan waktu jualan bagi borong atau wholeseller yang bermula dari 7 pagi hingga 9 malam manakala rumah awam kelas pertama dari pukul 10 pagi hingga 12 malam.
Menurut kenyataan DBKL, pihaknya merujuk kepada kenyataan akhbar bertarikh 30 September lalu berkaitan penangguhan penguatkuasaan Garis Panduan Ke Atas Larangan Penjualan Minuman Keras (Liquor) selama sebulan mulai 1 Oktober sehingga 31 Oktober lalu.
“Dalam tempoh penangguhan tersebut, DBKL telah mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan seperti Persatuan-persatuan Pengilang, Pembotol dan Peruncit, Majlis Perwakilan Penduduk serta Ahli Parlimen di Kuala Lumpur.
“Kesemua pihak berkaitan telah menyuarakan pandangan serta keprihatinan masing-masing terhadap perkara ini. Setelah mengambil pandangan semua pihak yang terlibat, DBKL mengambil pendekatan memperkemas dan memperhalusi garis panduan sedia ada,” jelas kenyataan itu.
Dalam pada itu, mengikut garis panduan berkenaan pemilik premis perniagaan yang menjual minuman keras hendaklah memastikan akan perkara-perkara seperti berikut premis perniagaan tidak boleh berhadapan atau dalam lingkungan jarak 100 meter dari Balai Polis, rumah ibadah, sekolah, hospital dan rumah kediaman.
Malah premis perniagaan mestilah mempamerkan lesen sepanjang masa serta mempamerkan kod QR di pintu masuk premis iaitu biru (boleh dihidangkan di premis perniagaan) dan kuning (boleh dibawa pulang sahaja).
Malah pemohon atau pemegang lesen minuman keras hanya dibenarkan kepada orang bukan beragama Islam memastikan tiada pengunjung berusia di bawah 21 tahun dan tiada pengunjung beragama Islam meminum minuman keras.
“Papan kenyataan mengenai larangan ini hendaklah dipamerkan di hadapan pintu masuk premis,” menurut garis panduan itu. Utusan
Jual arak di KL, jam 7 pagi hingga 9 malam sahaja
Baca Artikel Menarik :
- Nazim Othman mandi pun handsome
- Saya harap Allah beri hidayah kepada mereka – Saarani
- LHDN tuntut Addy Kana bayar cukai pendapatan RM1.4 juta
- Kerajaan bawa masuk Ahmad Idham, Eizlan Yusof ke Wisma Putra
- Tular 2 Penunggang Kapcai Bantu Tolak Motosikal Polis Trafik PDRM [VIDEO]
- Rumah Madu Ku Berhantu Dikritik Meskipun Belum Tayang Di Pawagam
- Sentuh sensitiviti Islam: UMNO minta DAP ambil tindakan atas Ronnie Liu
- Kerap guna ‘tisu basah’ boleh mati pucuk
- Bekas ratu cantik Romania dipecat kerana terlalu cantik
- Penjual tawar baju kalis santau, saka dan sihir
- Bersatu tergelincir dari landasan , Pak Wan akan umum sesuatu
Layari Laman Facebook MYKMU
‘Bapa Lockdown Malaysia’ Punca Kehancuran Kewangan, Kehidupan Rakyat – Najib [VIDEO]