Hyundai Staria Premium MPV dilancarkan

Hyundai Staria Premium MPV dilancarkan

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) mewah pertama jenama itu, Staria Premium selaras dengan perubahan keperluan pengguna dengan menawarkan ciri-ciri yang berguna dan inovatif dengan mentakrifkan semula pengalaman perjalanan dalam kereta.

Pengenalan Staria Premium juga selaras dengan visi Hyundai untuk masa depan mobiliti dan transformasinya menjadi penyedia penyelesaian mobiliti pintar.

Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors, Jeffrey Gan berkata, Staria Premium bertujuan untuk menawarkan nilai unik untuk pelanggan yang mencari pengalaman mewah dalam MPV.

“Hyundai memperluas tawarannya untuk membawa lebih banyak kenderaan premium yang menawarkan ciri-ciri inovatif untuk pengalaman unik dalam kereta.

“Staria Premium menerajui evolusi Hyundai dalam mobiliti dan kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripadanya. Terdapat banyak lagi produk inovatif dalam perancangan yang boleh diharapkan pelanggan HSDM,” katanya dalam kenyataan.

Staria Premium merangkumi metodologi reka bentuk dalam dan luar syarikat yang menekankan keluasan dalam dan kebolehgunaan.

Model yang diimport sepenuhnya itu dijana oleh enjin 2.2 liter turbodiesel CRDi empat silinder yang menghasilkan 177 PS dengan daya kilas maksima 431 Nm.

Enjin tersebut digandingkan pula dengan transmisi lapan kelajuan automatik dengan pacuan roda hadapan.

MPV dengan gaya rekaan luaran seperti sebuah kapal angkasa itu dari segi saiz adalah lebih besar berbanding dengan Starex.

Harganya bermula dari RM358,888 untuk pilihan pakej waranti selama dua-tahun atau 50,000 km, manakala untuk lanjutan waranti sehingga lima-tahun atau 300,000 km termasuk pakej servis percuma tiga-tahun atau 50,000 km, ia ditawarkan pada harga RM368,888. Utusan

Hyundai Staria Premium MPV dilancarkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker