Selepas Padam Di Media Sosial, Wanita Ini Dakwa Berjaya Turunkan Berat Badan 30kg
Selepas Padam Di Media Sosial, Wanita Ini Dakwa Berjaya Turunkan Berat Badan 30kg
SEORANG wanita mendakwa berjaya menurunkan berat badannya lebih daripada 30 kilogram (kg) selepas mengambil keputusan untuk memadam akaun media sosialnya.
Brenda Finn, 33, berkata dia selalu mempunyai tanggapan tubuhnya sedikit berisi, namun dengan tabiat pemakanan yang buruk menyebabkan badannya ‘mengembang’ kepada saiz 22 dalam tempoh antara 2016 hingga 2019.
Brenda yang merupakan seorang pembuat lilin akhirnya memutuskan untuk melakukan perubahan selepas berat badannya mencapai 99kg pada Ogos tahun lalu.
Brenda menyalahkan media sosial sebagai punca kepada pertambahan berat badannya, kerana sering menayangkan iklan dan siaran mengandungi makanan yang tidak sihat.
Wanita berkenaan kemudian bertindak memadam akaun Facebook, Instagram dan Twitter, serta nyahkatif daripada media sosial supaya dia tiada alasan lagi untuk menurunkan berat badannya.
Kini, Brenda memiliki berat badan yang ideal iaitu 61kg, setelah kehilangan lebih satu pertiga daripada berat badannya asalnya.
“Saya tidak percaya betapa bagusnya rasa lebih cergas, amalkan diet yang sihat dan saya berasa lebih bertenanga. Ini benarbenar mengubah minda saya terhadap makanan, senaman dan tunuh saya.
“Sekarang, saya bangun setiap hari dan berasa sangat ringan. Saya tidak pernah sedar berasa berat sebelum ini tetapi apabila melihat ke belakang, saya rasa seperti orang yang berbeza.
“Memadam media sosial saya adalah keputusan terbaik yang pernah saya buat,” katanya. – INDIANTIMES
Selepas Padam Di Media Sosial, Wanita Ini Dakwa Berjaya Turunkan Berat Badan 30kg
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Meta nama baru Facebook
- Islam boleh menang – Khabib
- Adakah saya makan Tun Daim, minum wanita Belanda?
- Umno jangan masuk lubang biawak kali kedua – Puad
- Asyraf jawab kritikan Mokhtar Senik
- Pelanggan Maybank dakwa duit dalam bank hilang
- ‘1980-an dulu satu episod RM800, sekarang RM250, kenapa kejam!’
- Dewan Ulama PAS bidas Muhyiddin, lambang pilihan raya dasar parti
- Resepi asam pedas ikan kembung pekat
- Shopee 11.11 : Jualan Hebat kembali
- Sajat dikecam pakai bikini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berat Badan Hilang Semudah Makan Epal Dan Daya Ingatan Pun Makin Kuat
Fazley Yaakob Nak Sado Ke Nak Sihat? Turunkan Berat Badan 30kg
You must be logged in to post a comment.