Rai Pakistan menang kriket, guru dan pelajar Islam di India ditahan
Rai Pakistan menang kriket, guru dan pelajar Islam di India ditahan
NEW DELHI: Polis India menahan seorang guru dan tiga pelajar Islam kerana meraikan kemenangan pasukan kriket Pakistan menewaskan seterunya, India dalam Piala Dunia T20.
Pegawai polis Pavindra Kumar Singh memberitahu AFP, tiga pelajar yang berasal dari Kashmir itu ditahan di bandar Agra semalam kerana “menggalakkan permusuhan” dan mengganggu gugat keharmonian agama.
Menurut laporan media, kes itu menyusul tindakan sekumpulan nasionalis Hindu bersayap kanan menyerbu Kolej Teknikal Kejuruteraan Raja Balwant Singh dan menuntut tiga pelajar itu ditahan.
Guru, Nafeesa Attari pula ditahan di Udaipur, barat India semalam kerana memuat naik status “kami menang” di WhatsApp selepas Pakistan menewaskan India di Dubai pada Ahad lalu. Wanita itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan.
Attari, yang turut dipecat daripada pekerjaannya, memohon maaf dalam satu mesej video yang dilihat AFP dengan berkata, beliau tidak berniat menjejaskan sentimen sesiapa pun.
“Saya warganegara India dan sayang negara saya. Saya sayang India seperti orang lain juga. Sebaik sahaja menyedari saya membuat kesilapan, saya memadamkan status itu.”
Times of India melaporkan dua lagi ditahan kerana memaparkan slogan pro-Pakistan di Uttar Pradesh, utara India.
Penahanan itu menyusul siasatan yang dilancarkan polis ke atas beratus pelajar yang berkumpul meraikan kemenangan pasukan kriket Pakistan di Kashmir, susulan pertembungan T20 yang disaksikan berjuta peminat di seluruh Asia Selatan.
Sentimen anti-India tersebar luas dan mendalam di Kashmir yang mempunyai majoriti umat Islam, wilayah yang dituntut India serta Pakistan.
Polis dilaporkan giat mengesan “ketua” dalam sambutan di Kashmir mengikut undang-undang anti-keganasan yang membenarkan suspek ditahan enam bulan tanpa pendakwaan.
Pegawai turut menahan enam penduduk di Jammu untuk disoal siasat, selepas satu video muncul di media sosial menunjukkan mereka menyokong pasukan kriket Pakistan.
Isnin lalu, sekumpulan pelajar Kashmir di negeri Punjab dilaporkan diserang selepas mereka meraikan kemenangan Pakistan.
Penganalisis berkata, kumpulan Hindu bersayap kanan semakin berani dan ruang untuk menyuarakan perbezaan pendapat menyusut sejak Perdana Menteri Narendra Modi berkuasa pada 2014.
Walaupun mereka mempunyai minat sama terhadap kriket, permusuhan politik dua negara itu bermakna mereka kini hanya melawan satu sama lain di kejohanan antarabangsa. Kemenangan Pakistan pada Ahad lalu ialah yang pertama dalam 13 cubaan menerusi kejohanan Piala Dunia.
FMT
Rai Pakistan menang kriket, guru dan pelajar Islam di India ditahan
Baca Artikel Menarik :
- Meta nama baru Facebook
- Islam boleh menang – Khabib
- Adakah saya makan Tun Daim, minum wanita Belanda?
- Umno jangan masuk lubang biawak kali kedua – Puad
- Asyraf jawab kritikan Mokhtar Senik
- Pelanggan Maybank dakwa duit dalam bank hilang
- ‘1980-an dulu satu episod RM800, sekarang RM250, kenapa kejam!’
- Dewan Ulama PAS bidas Muhyiddin, lambang pilihan raya dasar parti
- Resepi asam pedas ikan kembung pekat
- Shopee 11.11 : Jualan Hebat kembali
- Sajat dikecam pakai bikini
Layari Laman Facebook MYKMU
Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.