Remaja dikhuatiri lemas bot langgar tunggul kayu
PONTIAN: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas setelah terjatuh di Sungai Benut berhampiran belakang Pasar Awam Benut, di sini pagi ini.
Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abdul Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.59 pagi sebelum menghantar tujuh anggota ke lokasi kejadian.
Katanya, sebaik sahaja Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi, mangsa belum ditemukan dan operasi mencari diteruskan sehingga kini.
“Berdasarkan makluman awal, mangsa dikenali sebagai Mohd. Akmal Jamaluddin yang berusia 17 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Difahamkan, mangsa bersama bapanya turun mencari udang di sungai berkenaan dan ketika dalam perjalanan pulang, bot yang dikemudi terlanggar tunggul kayu.
Akibat insiden itu, remaja terbabit terjatuh sebelum hilang.
Sementara itu, penduduk dan komuniti nelayan berdekatan turut membantu pasukan bomba melakukan gerakan mencari di sekitar lokasi mangsa dipercayai terjatuh.
Remaja dikhuatiri lemas bot langgar tunggul kayu
Baca Artikel Menarik :
- Meta nama baru Facebook
- Islam boleh menang – Khabib
- Adakah saya makan Tun Daim, minum wanita Belanda?
- Umno jangan masuk lubang biawak kali kedua – Puad
- Asyraf jawab kritikan Mokhtar Senik
- Pelanggan Maybank dakwa duit dalam bank hilang
- ‘1980-an dulu satu episod RM800, sekarang RM250, kenapa kejam!’
- Dewan Ulama PAS bidas Muhyiddin, lambang pilihan raya dasar parti
- Resepi asam pedas ikan kembung pekat
- Shopee 11.11 : Jualan Hebat kembali
- Sajat dikecam pakai bikini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Umno persoal parti lain lancar jentera PRN di Melaka tak didenda
You must be logged in to post a comment.