Lanjutan pengecualian cukai jualan kenderaan hingga 30 Jun 2022
KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melanjutkan pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang pemasangan tempatan (CKD) sebanyak 100 peratus dan 50 peratus ke atas model import sepenuhnya (CBU) termasuk kenderaan pelbagai guna (MPV) dan SUV selama enam bulan sehingga 30 Jun 2022.
Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, inisiatif itu dipersetujui kerajaan bagi mengurangkan kos pemilikan kenderaan, terutama bagi rakyat yang terkesan akibat krisis Covid-19 sebelum ini.
Jelas beliau, secara keseluruhan, kerajaan menyediakan lebih RM31 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi Bajet 2022.
“Peruntukan ini adalah untuk meminimumkan kesan peningkatan kos sara hidup rakyat yang melibatkan kawalan harga barang dan perkhidmatan.
“Untuk mengurangkan kos pemilikan kenderaan, kerajaan juga akan melanjutkan 100 peratus pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan 50 peratus ke atas CBU termasuk MPV dan SUV selama enam bulan sehingga 30 Jun 2022,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Dalam perkembangan lain, Tengku Zafrul berkata, bagi memastikan kawasan luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak, mendapat barangan keperluan asas seperti LPG dan petrol pada harga berpatutan, kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi membiayai kos pengangkutan dan pengedaran barangan asas ke kawasan pedalaman itu.
Pada masa sama, bagi menambahkan wang dalam tangan kepada rakyat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum daripada 11 peratus kepada sembilan peratus sehingga Jun 2022 dengan anggaran nilai RM2 bilion.
“Hal ini kerana kerajaan amat memahami kekangan kewangan dihadapi rakyat akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) panjang, terutamanya dari segi pengurusan aliran tunai,” katanya.
Lanjut pengecualian cukai jualan kenderaan hingga 30 Jun 2022
Baca Artikel Menarik :
- Meta nama baru Facebook
- Islam boleh menang – Khabib
- Adakah saya makan Tun Daim, minum wanita Belanda?
- Umno jangan masuk lubang biawak kali kedua – Puad
- Asyraf jawab kritikan Mokhtar Senik
- Pelanggan Maybank dakwa duit dalam bank hilang
- ‘1980-an dulu satu episod RM800, sekarang RM250, kenapa kejam!’
- Dewan Ulama PAS bidas Muhyiddin, lambang pilihan raya dasar parti
- Resepi asam pedas ikan kembung pekat
- Shopee 11.11 : Jualan Hebat kembali
- Sajat dikecam pakai bikini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET