Bajet 2022: Penjawat awam dapat RM700, pesara RM350

Sebaran :

Bajet 2022: Penjawat awam dapat RM700, pesara RM350

Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM700 untuk 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata sejuta pesara kerajaan pula akan diberikan RM350.

Bantuan itu membabitkan keseluruhan implikasi kewangan RM1.3 bilion.



“Diharapkan semoga bantuan ini dapat menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” kata Tengku Zafrul.

Beliau turut mengumumkan beberapa kemudahan lain untuk kakitangan awam:

Menurunkan kadar keuntungan skim pembiayaan komputer dan telefon pintar untuk penjawat awam daripada 4 kepada 2%;

Meneruskan inisiatif Perlindungan Kemalangan Diri sehingga RM100,000 untuk manfaat 40,000 peminjam baharu LPPSA.
Skop perlindungan ini akan diperluas dengan penambahan tiga jenis perlindungan baharu merangkumi hilang upaya separa, sebahagian dan kekal, badal haji serta perbelanjaan pemulihan kecederaan disebabkan kemalangan;



Meningkatkan Kadar Bayaran Insentif Pengawasan Banduan daripada RM150 kepada RM200 sebulan. Ia bakal memanfaatkan lebih 14,000 pegawai penjara. Sebagai tambahan, elaun itu juga dipanjangkan kepada 775 pegawai kader di institusi penjara yang terlibat dalam tugas pengawasan banduan;

Meningkatkan Elaun Penugasan Sukarelawan Simpanan Polis (atau PVR) daripada RM7.80 kepada RM9.80 sejam untuk pegawai, dan daripada RM6 kepada RM8 sejam untuk anggota. Kenaikan itu bakal memanfaatkan hampir 10,000 PVR; dan
Memberikan bayaran insentif sebanyak RM200 kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14 yang bertugas di 24 institusi kebajikan.

Gantian cuti rehat (GCR) dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari. Selain itu, kerajaan juga akan melaksanakan kemudahan membenarkan penebusan awal GCR sehingga 50% atau 80 hari. Kemudahan ini mengambil kira keperluan penjawat awam seperti menunaikan haji atau membiayai pengajian tinggi anak. FMT

Bajet 2022: Penjawat awam dapat RM700, pesara RM350




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mee rebus gerai Kak Dah RM2


Sebaran :

Leave a Reply