KJ terima dos penggalak, akan umum kepada penerima AstraZeneca

KJ terima dos penggalak, akan umum kepada penerima AstraZeneca

BUTIRAN lanjut pemberian dos penggalak kepada penerima vaksin jenis AstraZeneca akan diumumkan sedikit masa lagi, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menurut Khairy, pihaknya juga akan membuat pengumuman mengenai pilihan lain bagi dos penggalak termasuk kepada individu yang mempunyai alahan dan tidak boleh mengambil vaksin mRNA mungkin boleh ditawarkan Sinovac atau AstraZeneca.

Khairy berkata, beliau menerima pertanyaan orang ramai mengenai polisi campuran vaksin setelah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Penggalak dilancarkan.

Kata beliau, jawatankuasa pakar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesyorkan kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) untuk meneruskan vaksinasi heterologous sejajar dengan apa yang dilakukan di kebanyakan negara.

Beliau pada masa sama turut memaklumkan telah menerima suntikan penggalak vaksin jenis Comirnaty keluaran Pfizer.

“Untuk meyakinkan semua orang tentang dos penggalak secara heterologous, saya adalah penerima Sinovac.

“Sebelum saya menghadiri mesyuarat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), saya telah menerima suntikan penggalak Pfizer. Jadi saya kini #TeamSSP! Semua selamat, semuanya baik #LindungDiriLindungSemua,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.


Khairy turut berkongsi gambar ketika beliau menerima dos penggalak secara heterologous jenis Pfizer.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, individu yang boleh menerima dos penggalak tidak perlu memohon sebaliknya akan memperoleh pemberitahuan janji temu menerusi MySejahtera sebaik sahaja layak berdasarkan selang masa yang disyorkan.

Jelas beliau, penerima Pfizer akan ditawarkan dos penggalak homologous atau pun dos ketiga Pfizer selepas enam bulan daripada dos kedua.

Bagi penerima Sinovac pula, Khairy berkata, mereka akan ditawarkan dos penggalak Pfizer selepas tiga bulan daripada tarikh menerima dos kedua.

“Orang ramai juga bertanyakan status vaksinasi mengenai dos penggalak.

“Anda dianggap telah divaksin sepenuhnya jika telah melengkapkan siri utama iaitu sama ada dua dos Pfizer/Sinovac/Astrazeneca atau satu dos CanSino.

“Dos penggalak tidak diperlukan untuk anda dianggap telah divaksin sepenuhnya buat masa ini tetapi sangat disyorkan,” jelas beliau.

KJ terima dos penggalak, akan umum kepada penerima AstraZeneca


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mee rebus gerai Kak Dah RM2

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker