Resepi terung tumis isi ikan

Sebaran :

Resepi terung tumis isi ikan

Lauk pauk kampung memang sedap apatah lagi dimakan bersama nasi panas. Di tambah pula dengan sedikit ulam-ulaman.

Pasti ramai yang merindui masakan kampung, jadi kali ini kita kongsikan resepi masakan kampung yang pastinya sedap.

Jom cuba resepi terung tumis isi ikan yang pasti menambat selera.



BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan kembung – rebus
100 gm terung pipit
200 gm terung telunjuk
Gula dan garam
Minyak
1/2 cawan air asam jawa cair

BAHAN TUMBUK:

9 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih



CARA MENYEDIAKAN:

Ikan kembung yang direbus diasingkan tulang dan isi.
Tumbuk kasar isi ikan kem bung dan ketepikan.
Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak.
Tumis bahan tumbuk se hingga pecah minyak.
Masukkan gula dan garam.
Kemudian masukkan kedua jenis terung dan tuangkan sedikit air asam jawa.
Akhir sekali masukkan isi ikan. Tumis sehingga kering.

Dah siap. Kalau ada sambal belacan lagi best kena dengan terung tumis isi ikan ini. Jamulah keluarga anda dengan masakan sedap ini dan jangan lupa kongsikan resepi ini dengan kawan-kawan anda.


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Mee rebus gerai Kak Dah RM2


Sebaran :

Leave a Reply