Karen Buat Hal Lagi.. Selepas KLCC, Bertengkar Dengan Pengawal Keselamatan Di Bangsar [VIDEO]

Karen Buat Hal Lagi.. Selepas KLCC, Bertengkar Dengan Pengawal Keselamatan Di Bangsar

BARU-BARU ini kecoh tentang seorang wanita warga asing yang enggan memakai pelitup muka di sebuah pusat membeli belah di KLCC.

Kini dia yang dikenali dengan nama Karen itu dikesan mengulangi adegan yang sama di sebuah pusat membeli belah di Bangsar.



Rakaman pengguna Twitter @nabilaazzez yang mengesan kehadiran wanita itu sehingga kini mendapat lebih 80,000 jumlah tontonan.

Ketika ditemubual Malay Mail, dia mengakui yakin wanita berbaju biru muda itu adalah individu sama yang telah mencetuskan kekecohan di media sosial di cawangan Dior KLCC pada Rabu.

“Kali ini, dia mahu memasuki BSC (Bangsar Shopping Complex) tetapi dinafikan kerana tidak memakai topeng dan kelihatan seperti bertengkar dengan pengawal kira-kira pukul 10 pagi tadi.



“Dia kemudian meninggalkan pintu masuk selepas selesai merakamnya.

“Saya sempat merakam dia cuba memasuki pintu masuk BSC ketika sedang duduk di sebuah kafe Burrow KL, yang bertentangan dengan pintu masuk pusat beli-belah itu,” katanya.

Selepas kejadian di KLCC, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah memberi respons dengan memaklumkan pihaknya akan mendapatkan maklumat berhubung kejadian itu.

Susulan kejadian terkini di Bangsar, orang ramai meminta menteri berkenaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap wanita berkenaan.



Pada Rabu, wanita itu dirakam bertengkar dengan kakitangan di KLCC yang menghalangnya memasuki cawangan Dior di situ kerana dia tidak memakai pelitup muka.-mSTAR



Karen Buat Hal Lagi.. Selepas KLCC, Bertengkar Dengan Pengawal Keselamatan Di Bangsar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia bantu mahasiswa memerlukan – Ismail

Ancaman China meningkat setiap hari

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker