Tiada had siling harga kit ujian kendiri, pengeluar sanggup jual serendah RM10
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menetapkan harga siling kit ujian kendiri Covid-19, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid.
Beliau berkata, beberapa syarikat pengeluar memaklumkan kepada kementerian mereka sanggup menjual kit ujian pada harga bawah RM10.
Pada masa ini, harga siling bagi kit itu ialah RM19.90 seunit, manakala harga borong RM16. Kerajaan sebelum ini berkata kos itu akan diturunkan lagi.
Dalam pada itu, Rosol berkata syarikat pengeluar kini memberi jaminan mereka boleh menjual kit pada harga lebih rendah, kerajaan tidak perlu menetapkan harga maksimum atau minimum
“Jika dibenarkan dijual di pasaran terbuka yang diluluskan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), maka mereka boleh jual dengan harga lebih murah,” katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat yang diluluskan tanpa sebarang pindaan.
Rosol berkata, kerajaan akan membenarkan kit ujian itu dijual bukan saja di farmasi tetapi akan diperluas ke pasar raya, kedai rangkaian dan stesen minyak dalam masa terdekat.
Tiada had siling harga kit ujian kendiri, pengeluar sanggup jual serendah RM10
Baca Artikel Menarik :
- Apabila hati penjawat awam sudah terhiris
- Peguam dakwa penangkapan Aryan Khan langgar Perlembagaan
- Remaja terpelanting, maut dipanah petir
- Ada yang meniru dari nama hingga ke warna baju – Najib
- Ular sama tak akan patuk kali kedua, Zahid sindir Bersatu
- Tommy Thomas disaman Najib kali kedua
- Mahu Kembali Jadi Fatah, Lucinta Luna Mengaku Penat Jadi Perempuan,“Cukuplah..Saya Takut Dosa”[VIDEO]
- Bersatu hilang arah, keputusan UMNO pergi solo tepat
- Resepi ayam masak lapis memang best
- Tuhan tarik nikmat bebas memandu Sharifah Sakinah
- 9 daripada 10 tidak mahu UMNO bersama BERSATU
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pembekal, pengilang disaran turun harga kit ujian kendiri Covid-19