Pembekal, pengilang disaran turun harga kit ujian kendiri Covid-19

Sebaran :

KUALA TERENGGANU – Semua pembekal dan pengilang di negara ini disarankan agar menurunkan harga kit ujian kendiri Covid-19 tanpa perlu menunggu kerajaan campur tangan dalam menentukan harga kit berkenaan.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, saranan diberi berikutan berkemungkinan akan berlaku lambakan kit ujian kendiri Covid-19 di pasaran dalam tempoh terdekat ini.

“Pada minggu lepas sahaja, terdapat lebih kurang 9,000,000 unit peralatan ini di pasaran dan kita jangka jumlah itu mungkin akan bertambah lagi kerana bekalan daripada lapan syarikat yang sudah memesan peralatan itu dari luar negara masih lagi belum diterima.

“Jadi sekiranya kita menerima kesemua bekalan ini, kami jangkakan ujian kit kendiri mungkin berbelas-belas juta lagi tambahan di pasaran dan situasi ini sekali gus akan berlaku lambakan peralatan tersebut di pasaran.



“Jadi, kita mencadangkan supaya pihak syarikat, pembekal dan pengilang yang menghasilkan peralatan ini boleh meletakkan harga bersesuaian di pasaran, mungkin jika perlu turunkan harga tanpa perlu menunggu arahan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas sesi pengujian ketulenan emas di salah sebuah kedai emas di KTCC Mall di sini, pada Isnin.

Sejak 5 September lepas, KPDNHEP menetapkan harga runcit maksimum bagi setiap set kit ujian kendiri Covid-19 pada RM19.90 manakala harga borong pula adalah RM16.

Pembekal, pengilang disaran turun harga kit ujian kendiri Covid-19


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Bekas Setiausaha Negara A.S Colin Powell meninggal dunia akibat COVID-19


Sebaran :

Leave a Reply