Khairy janji keputusan kajian Ivermectin dibentang minggu depan

Keputusan kajian mengenai ubat Ivermectin untuk digunakan bagi merawat pesakit Covid-19 akan dibentangkan minggu depan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kementeriannya telah memperoleh keputusan kajian itu selepas isu penggunaan ubat terbabit hangat diperdebatkan pelbagai pihak sebelum ini.

“Debat berterusan berhubung #Ivermectin akan berakhir tidak lama lagi. Kita telah menjalankan kajian tempatan terhadap Ivermectin dan keputusan telah diperoleh. @drkalai61 akan membentangkannya secara umum minggu depan,” katanya di Twitter.



Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali memaklumkan Dewan Negara bahawa hasil kajian ujian Keberkesanan Rawatan Ivermectin ke atas Pesakit Covid-19 Berisiko Tinggi (Kajian I-TECH) dijangka dibentangkan kepada pihak berkepentingan Kementerian Kesihatan (KKM) pada akhir bulan ini.

Katanya, kajian I-TECH telah lengkap sehingga proses merekrut pesakit seramai 500 orang dan kini dalam tempoh akhir analisis kajian.

Beliau menjawab soalan Senator Bashir Alias yang mahu tahu status Kajian I-TECH yang dijalankan KKM dan bukti saintifik di peringkat antarabangsa serta langkah diambil bagi mengatasi masalah penggunaan Ivermectin ketika ini.

Ivermectin menarik perhatian dunia susulan terdapat beberapa kajian kes dan percubaan klinikal yang menunjukkan keputusan memberangsangkan dalam merawat Covid-19, namun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak menyarankan penggunaannya di luar percubaan sedemikian.



Khairy janji keputusan kajian Ivermectin dibentang minggu depan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pakar sokong vaksin Pfizer untuk budak 5-11 tahun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker