Bajet2022: Peruntukan RM32.4 bilion kepada KKM

Peruntukan RM32.4 bilion kepada KKM

Kerajaan akan memberi peruntukan sebanyak RM 32.4 bilion kepada Kementerian Kesihatan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan tersebut meliputi perbelanjaan mengurus dan pembangunan.



Katanya, peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan adalah yang kedua terbesar selepas Kementerian Pendidikan.

“Tambahan RM4 bilion turut disediakan khusus untuk meneruskan agenda menangani Covid-19 yang merangkumi RM2 bilion bagi membiayai program vaksinasi.

“RM2 bilion lagi disediakan bagi meningkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan kesihatan awam seperti pembelian bekalan ubat, bahan guna habis, PPE dan kit kesihatan,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan di Dewan Rakyat hari ini. Utusan

Bajet2022: Peruntukan RM32.4 bilion kepada KKM




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mee rebus gerai Kak Dah RM2



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker