Wanita anak 3 berusia 40 tahun dipuji seperti gadis muda

Wanita anak 3 berusia 40 tahun dipuji seperti gadis muda

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menjadi sensasi internet kerana memiliki rupa paras yang jelita dan berpenampilan seperti gadis berusia 20-an meskipun telah mempunyai tiga orang anak, lapor portal berita Hitekno hari ini.

Menerusi hantaran di TikTok, wanita berusia 40 tahun yang menggunakan nama @melissa.kusjanto itu berkongsikan klip video ketika dia sedang membeli-belah.



“Kalau berjalan sendiri, sering disalah anggap seperti gadis berusia 20-an,” katanya pada keterangan video tersebut.

Video itu menjadi tular dengan menerima lebih 1.1 juta kali tontonan dan lebih 64,000 tanda suka.

Sementara itu, menerusi beberapa hantaran lain sebelum ini, wanita berkenaan turut berkongsikan butiran pada kad pengenalan dirinya yang memaparkan tarikh lahirnya pada tahun 1981.

Video-videonya dibanjiri dengan banyak komen daripada netizen yang memuji penampilannya yang kelihatan seperti gadis berusia 20-an.



“Dia kelihatan muda kerana pandai bergaya dan berhias,” kata seorang netizen.

“Mungkin juga ia disebabkan oleh duit suami,” komen seorang lagi. K Online

Wanita anak 3 berusia 40 tahun dipuji seperti gadis muda


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker