Senator Guan Dee Koh Hoi meninggal dunia

Sebaran :

Ahli Dewan Negara Senator Guan Dee Koh Hoi yang juga setiausaha agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, petang ini.

Star Sabah dalam kenyataan di laman Facebook penerangannya hari ini memberitahu Guan Dee, 67, meninggal dunia pada 4.50 petang namun punca kematian tidak dinyatakan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Senator Guandee Kohoi telah dipanggil Tuhan pada jam 4.50pm, 26 Okt 2021 di Hospital Kuala Lumpur. Sama-sama kita doakan beliau serta keluarga,” kata kenyataan itu hari ini.

Guandee dilantik sebagai ahli Dewan Negara untuk tempoh bermula 16 Dis 2020 hingga 15 Dis 2023,



Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada 16 April lepas sebelum kabinet terbubar setelah Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 16 Ogos lepas.

Bernama


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Najib saman Tommy Thomas, kerajaan atas ‘pendakwaan salah’


Sebaran :

Leave a Reply