Hubungan Malaysia, ASEAN, FPDA beri banyak kelebihan

Hubungan Malaysia, ASEAN, FPDA beri banyak kelebihan

KUALA LUMPUR: Hubungan Malaysia dengan negara ASEAN dan melalui Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) memberi kelebihan kepada Malaysia untuk berdepan cabaran geopolitik yang mendatang.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata cabaran geopolitik terutama dengan kuasa besar adalah satu perkara yang kompleks dan tidak mudah untuk didepani.

“Bagaimanapun, kelebihan yang ada pada kita adalah hubungan kita dengan 10 negara ASEAN dan pendekatan pelbagai dengan FPDA, selain hubungan kita secara dua hala dengan negara tertentu.

“Ini meletakkan negara dalam satu posisi yang bukan hanya dapat mengimbangi kuasa besar di rantau ini tetapi pada masa sama tetapi juga cukup dihormati juga oleh negara kuasa besar,” katanya pada Waktu Pernyataan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

FPDA yang ditandangani pada 1971 oleh lima negara membabitkan Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan United Kingdom (UK) bagi memastikan Singapura dan Malaysia mempunyai saluran bantuan sekiranya berlaku serangan bersenjata.

FPDA tidak mengikat negara anggota untuk campur tangan secara ketenteraan, sebaliknya menetapkan mereka segera berunding bagi memutuskan tindakan selanjutnya. BH

Hubungan Malaysia, ASEAN, FPDA beri banyak kelebihan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kau ini apa pun tak faham, kata Najib pada Hanipa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker