Baling kongsi pengalaman cakap Tamil dengan gajah, Jelutong ‘melompat naik hantu’ [VIDEO]

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun hari ini mengarahkan RSN Rayer (PH-Jelutong) keluar dewan selama 10 minit susulan pertikaikannya dengan Abdul Azeez Abdul Rahim (Umno-Baling) berhubung dakwaan menghina bahasa Tamil.

Azhar mengarahkan Rayer keluar dewan selepas ahli Parlimen DAP itu tidak mengendahkan arahannya tidak mengganggu Azeez berbahas.

“Saya arah bentara bawa keluar Jelutong 10 minit,” katanya di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Rayer mencelah ketika Azeez berbahas kerana mendakwa Ahli Parlimen Umno itu menghina bahasa Tamil.

Rayer berkata, tindakan Azeez berkongsi pengalamannya bercakap Tamil dengan gajah adalah perbuatan biadap, tidak masuk akal dan menghina bahasa Tamil.

“Kamu benarkan beliau hina bahasa Tamil. Ini bukan perkara remeh. Jangan benarkan hina bahasa Tamil.

“Ini sungguh tak logik. Ini kenyataan biadap dan kurang ajar,” katanya.

Bagaimanapun, Azhar menolak tindakan Azeez itu menghina bahasa Tamil.

Azhar berpandangan Azeez hanya berkongsi pengalamannya dan tidak ada isu menghina bahasa Tamil.

Sebelum itu, Azeez telah bercakap dalam bahasa Tamil di Dewan Rakyat apabila bercerita pengalamannya bercakap dengan gajah dengan bahasa Tamil.

“Gajah ini sungguh istimewa. Pertama gajah ini faham bahasa Tamil, Siam dan Myanmar. Ini kemungkinan gajah ini masa zaman dulu,” katanya.

Azeez ketika mempertahankan dirinya berkata beliau tidak menghina bahasa Tamil, sebaliknya hanya berkongsi pengalamannya bercakap dengan gajah menggunakan bahasa itu.

Baling kongsi pengalaman cakap Tamil dengan gajah, Jelutong ‘melompat naik hantu’

Baling kongsi pengalaman cakap Tamil dengan gajah, Jelutong ‘melompat naik hantu’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib cabar Rayer bawa pakar cukai

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker