SOP ketat dalam kempen PRN Melaka untuk elak jadi seperti PRN Sabah

KUALA LUMPUR – Prosedur operasi standard (SOP) ketat dilaksanakan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka untuk mencegah penularan Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ia berikutan pengalaman berlakunya peningkatan kes dan kluster baharu Covid-19 selepas PRN Sabah lalu.

“Berdasarkan pemantauan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), peningkatan kes dan kluster berlaku dikaitkan dengan pergerakan rentas negeri melibatkan ramai individu iaitu di kalangan pengundi, penyokong dan petugas sebelum, semasa serta selepas pilihan raya termasuk aktiviti perhimpunan berkumpulan melalui kempen-kempen yang dilaksanakan.



“Kita tak nak pisang berbuah dua kali. Jangan sampai nasi jadi bubur,” katanya memberikan perumpamaan itu semasa menggulung ucapan mengenai Ordinan Darurat di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Tambah Dr Noor Azmi, berdasarkan perkara tersebut, kerajaan berusaha memastikan kejadian sama tidak berulang semula akibat PRN Melaka pada 20 November ini.

“Sebarang aktiviti perhimpunan atau majlis sosial tidak dibenarkan semasa PRN Melaka bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19. Ia mengambil kira Melaka masih melaporkan kes Covid-19 yang tinggi. Kes Covid-19 di Melaka pada 24 Oktober 2021 adalah seramai 262 kes baharu dengan 2,651 kes aktif manakala hampir 6,000 kontek rapat dengan kes aktif sedang dalam pengawasan dan pemerhatian.

“Faktor risiko kepada berlakunya kes baharu serta penularan jangkitan adalah taburan kes sporadik yang tinggi iaitu 36 peratus,” katanya.



SOP ketat dalam kempen PRN Melaka untuk elak jadi seperti PRN Sabah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya yang sokong kerajaan pun tak boleh terima – Ahmad Maslan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker