Boleh gantung potret di dinding tanpa ada niat syirik

Boleh gantung potret di dinding tanpa ada niat syirik

Tindakan individu menggantung gambar fotografi di dinding rumah atau disusun sebagai perhiasan termasuk di pejabat adalah perbuatan dibenarkan dalam ajaran Islam.

Demikian penjelasan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-631 mengenai isu hukum yang diterbitkan menerusi laman sesawang rasminya hari ini.

Menurut jawapan yang diberikan, merakam gambar fotografi dengan penggunaan alat khas seperti kamera adalah dihukum sebagai harus kerana ia bukan seperti perbuatan melukis.

“Sebaliknya, rakaman tersebut dianggap sebagai menangkap bayang dan hukum ini berkekalan selama mana gambar diambil bertujuan sebagai perhiasan dan untuk kenang-kenangan.

“Ia sebagai menjawab persoalan hukum mengambil gambar fotografi manusia terutama potret pemimpin negara atau keluarga yang lazim digantung di dinding kediaman atau pejabat,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, agensi berkenaan menambah, sekiranya niat menggantung gambar itu bertujuan penyembahan atau pengagungan, maka perbuatan tersebut adalah jelas diharamkan.

Hukum ini ujar pejabat itu, pada mulanya berkait rapat dengan perbuatan melakar atau melukis makhluk hidup dengan ada ulama mengharamkan namun ada turut mengharuskannya.

Sebahagian ulama yang mengharamkan itu merujuk larangan pada zaman Rasulullah SAW terhadap gambar berciri ada roh, berniat mengagungkannya atau meniru penciptaan Allah. K Online

Boleh gantung potret di dinding tanpa ada niat syirik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker