Taliban larang kakitangan awam wanita bekerja di pejabat
Kerajaan Taliban kembali mengenakan sekatan ketat terhadap pekerja wanita dalam sektor kerajaan dengan melarang golongan itu bekerja di pejabat bermula minggu depan.
Ketua Bahagian Kesedaran Awam di Kabul, Neamatullah Barakzai berkata, kebanyakan pekerja wanita telah diberitahu supaya tidak memasuki pejabat sementara menunggu Taliban melaksanakan perundangan baharu.
Arahan itu bagaimanapun tidak melibatkan pekerja sektor kesihatan dan pendidikan.
Namun kerajaan berjanji akan membayar gaji kakitangan wanita sepanjang arahan dilaksanakan.
Sebelum ini, Taliban telah melaksanakan undang-undang syariah di wilayah yang dikuasai, memaksa wanita memakai purdah di tempat awam selain menghalang pelajar perempuan meneruskan sesi persekolahan.
Malah setiap wanita yang ingin keluar dari rumah wajib ditemani saudara lelakinya.
Tindakan berkenaan pernah dilaksanakan sepanjang Taliban memerintah Afghanistan pada tahun 1996 hingga 2001.
Bagaimanapun selepas mengambil semula pentadbiran Ogos lalu, Taliban berikrar untuk memberi lebih kebebasan kepada golongan wanita dan tidak melanggar hak asasi.
Sementara itu, pemangku Perdana Menteri, Abdul Salam Hanafi ketika membuat lawatan ke Russia berkata, golongan wanita akan dibenarkan bekerja di balai polis dan pejabat imigresen.
“Kami akan berusaha menyediakan kemudahan kepada kakitangan wanita di beberapa sektor yang diperlukan.
“Kami memberi jaminan kepada masyarakat antarabangsa untuk tidak melakukan diskriminasi kepada kaum wanita tetapi dalam rangka kerja undang-undang negara Islam,” kata jurucakap Zabihullah Mujahid. – Agensi
Dunia Taliban larang kakitangan awam wanita bekerja di pejabat
Baca Artikel Menarik :
- Bersatu Arau sudah mati, Ketua Bahagian letak jawatan, keluar parti
- Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela
- Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol
- Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana?
- Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya
- Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai
- Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan
- SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian
- DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
- Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa?
- Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak
Layari Laman Facebook MYKMU
UMNO Sabah Sedia Bantu Parti Berdepan PRN Melaka – Bung Mokhtar