Perbelanjaan sosial perlu diberi penekanan dalam Bajet 2022
SHAH ALAM – Bajet 2022 perlu memberi penekanan besar terhadap perbelanjaan sosial membabitkan bantuan tunai dan perlindungan sosial.
Pakar Ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, tahap perbelanjaan sosial Malaysia berdasarkan laporan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) ketika ini agak rendah berbanding negara lain di rantau ini iaitu kurang 5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) manakala negara lain memperuntukkan hampir 20 peratus.
Menurut beliau, peningkatan perbelanjaan sosial mampu membantu meningkatkan pendapatan golongan miskin dan B40 supaya mereka tidak terpinggir daripada isi rumah yang lain.
“Apabila kerajaan meningkatkan perbelanjaan sosial ia akan memberi kesan pengganda kepada pendapatan golongan miskin dan B40.
“Walaupun penggandanya satu kali sahaja, ia masih boleh memberi kesan positif kepada ekonomi Malaysia,”
Dalam pada itu, Barjoyai turut mencadangkan kerajaan meningkatkan bantuan kepada sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
Menurutnya, langkah tersebut dapat mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap pelaburan langsung asing.
Baca Artikel Menarik :
- Bersatu Arau sudah mati, Ketua Bahagian letak jawatan, keluar parti
- Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela
- Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol
- Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana?
- Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya
- Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai
- Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan
- SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian
- DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
- Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa?
- Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak
Layari Laman Facebook MYKMU
Pengecualian cukai jualan kereta, HOC mungkin dilanjut dalam Bajet 2022
You must be logged in to post a comment.