Doa Penghilang Rasa Sakit Sepertimana Yang Diajarkan Baginda s.a.w.

Doa Penghilang Rasa Sakit Sepertimana Yang Diajarkan Baginda s.a.w.

Satu hari Abu Hurairah r.a. berjalan-jalan bersama dengan Rasulullah s.a.w. lalu mereka mendapati seorang lelaki sedang dalam keadaan lemah.

Melihatkan keadaan lelaki tersebut, Rasulullah s.a.w. segera mendekatinya dan menegurnya.



“Wahai si polan apa yang membuatkan dirimu jadi begini?”

Jawab lelaki itu,

“Wahai Rasulullah s.a.w.! aku sedang menderita kesakitan kerana sesuatu penyakit.”

Rasulullah s.a.w. berkata lagi,



“Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimah yang dapat menghilangkan rasa sakit dan penyakit daripadamu?”

Orang itu menjawab, “Aku sudah berasa cukup senang ketika aku menjadi saksi hidup dalam Perang Badar, dan Perang Uhud bersamamu Kekasih Allah. (Maksudnya ialah dia sudah berasa cukup senang dengan ikut serta dalam kedua-dua perang besar tersebut dan tidak perlu yang lain).”

Baginda s.a.w. pun tertawa mendengar penjelasan lelaki tersebut sambil bertanya lagi,

“Apakah setiap orang yang mengikuti Perang Badar dan Perang Uhud berasakan seperti apa yang dirasakan orang fakir yang mahu menerima keadaannya seperti dia ini?



Kemudian Abu Hurairah r.a. pun berkata,

“Wahai Rasulullah s.a.w. ajarkanlah kalimah-kalimah tersebut.”

Lalu Baginda s.a.w. pun bersabda,

“Wahai Abu Hurairah ucapkanlah kalimah-kalimah ini. (Tawakkaltu a’lal Hayyil lazi, la yamutu. Alhamdulillahil lazi lam yattakhiz walada. Walam yakun lahu syariikun fil mulki walam yakun lahu waliyyun minaz zulli wakabbirhu takbira).”



Ertinya, “Aku bertawakal kepada Allah yang hidup kekal dan yang tidak mati. Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan Dia bukan pula hina yang memerlukan penolong dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya.”

Beberapa hari kemudian Baginda s.a.w. mengunjungi Abu Hurairah r.a. dan saat itu keadaannya telah kembali baik. (sebelumnya beliau sempat menderita penyakit)

Lalu Baginda s.a.w. mengatakan, “Allah yang Maha Menguasai.”

Abu Hurairah r.a. berkata,



“Wahai Nabi Allah, aku masih mengucapkan kalimah-kalimah yang telah engkau ajarkan kepadaku.”. Utv

Doa Penghilang Rasa Sakit Sepertimana Yang Diajarkan Baginda s.a.w.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker