Anwar bidas Hamzah, jangan petik jawapan cut and paste

Anwar bidas Hamzah, jangan petik jawapan cut and paste

Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas ketua pembangkang, Hamzah Zainudin supaya tidak membaca jawapan ‘cut and paste’ wawancaranya bersama Christiane Amanpour dari CNN, baru-baru ini.

Beliau menyarankan Hamzah (PN-Larut) supaya melihat dan membaca keseluruhan temu bualnya bersama CNN dalam lawatannya ke Amerika Syarikat untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).



“Kita telah pun tunjukkan dikeluarkan CNN yang berikan liputan sepenuhnya jawapan tetapi ada unsur-unsur khianat sengaja memotong dan menunjukkan tak ada jawapan.

“Saya harap kalau Yang Berhormat (YB) jangan baca dari cut and paste. Baca yang sepenuhnya,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian susulan pertanyaan Hamzah dalam soalan tambahannya bahawa perdana menteri tidak menjawab dengan baik berkenaan Ekonomi Madani semasa wawancaranya bersama CNN.

Hamzah berkata disebabkan itu, beliau bertanya kembali berhubung Ekonomi Madani yang diperkenalkan bagi menggantikan Wawasan Kemakmuran Bersama diperkenalkan ketika pentadbiran Dr Mahathir Mohamad pada 2018 hingga 2020.



“Maksudnya jawab masa (wawancara) CNN itu. Sebab itu saya tanya semula,” katanya. FMT

Anwar bidas Hamzah, jangan petik jawapan cut and paste

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga

Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024



Aishah nak cari lelaki berduit?

Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker